Tuan Guru Hj Nik Aziz Pergi Tak Kembali, Dia Tiada Pengganti

Tuan Guru Hj Nik Aziz Pergi Tak Kembali, Dia Tiada Pengganti

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua..

Hari ini kalau tengok di newsfeed FB tak ada benda lain yang keluar (Newsfeed saya lah, korang punya saya tak tahu, ingat, kita punya Newsfeed akan ikut kecenderungan kita), segalanya tentang Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.

Saya pun tak lepaskan peluang mengikuti siaran langsung persemadian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz di TV1 tadi.

Harini hampir semua stesen radio dan TV mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

 

Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz

 

Pesanan Tuan Guru Nik Aziz

Mari kita selak kembali pesanan Rasulullah SAW.  Perbanyakkanlah kamu mengingatkan perkara yang memutuskan kelazatan, iaitu kematian. Orang yang paling cerdik dikalangan manusia ialah orang yang banyak ingat mati.

Kenapa Rasulullah SAW suruh kita ingat mati?

Jangan salah faham, ingat mati bukan suruh kita jangan bekerja, jangan buat apa-apa, buat ibadat saja sebab dah nak mati kan…bukan, ingat mati bukan macam itu. Itu kalau di zaman Saidina Umar boleh kena sedas tu..

Kami pernah buat aktiviti dengan beberapa orang tentang ingat mati, “Kalau tahu esok akan mati, apa nak buat hari ni?” 95% menjawab macam ni:

“Saya akan solat dan mengaji tak henti-henti sampailah saat saya mati”

Kurang tepat tindakan tersebut, kecuali kita dah selesai segala hutang, segala bekalan untuk anak-anak yang masih hidup, sudah selesai segala tanggungjawab, sudah tunai segala amanah.

 

Bebas Hutang

Bebas Hutang

 

Bila mengingati mati, cara yang betul adalah:-

  • Selesaikan urusan yang telah diamanahkan kepada kita. Jgn tunggu esok, lepas esok, esok.. esok lagi dan lagi dan lagi. Buat segera.
  • Siapkan kerja yang kita mulakan dengan sebaik-baiknya. Bukan setakat siap, tetapi complete.
  • Sediakan dana/tabungan untuk anak-anak dan ahli keluarga yang ditinggalkan. Jangan ditinggalkan anak-anak kita merempat, menumpang belas kasihan orang. Biarlah anak-anak kita jadi anak yatim berharta (dalam Quran banyak kali sebut tentang ‘harta anak yatim’ kan? maknanya memang kita kena tinggalkan harta untuk anak-anak terutama yang di bawah umur).
  • Selesaikan hutang piutang. Berazam dan berusaha sungguh-sungguh untuk bebaskan diri dari cengkaman hutang. Kalau kita betul-betul NAK, pasti akan selesai hutang-hutang kita.
  • Banyakkan sedekah jariah
  • Belajar dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat
  • Mendidik anak-anak menjadi orang-orang yang soleh
  • Menjadi anak yang berbakti, dikasihi dan menyenangkan ibu bapa
  • Meminta maaf dengan orang-orang yang kita pernah buat salah dengannya, dan memberi maaf kepada semua orang yang bersalah dengan kita
  • Berangan dan berdoa akan kematian idaman – husnul khatimah (kematian yang baik). Sama macam cita-cita kita yang lain, macamana kita nak mati pun kena berangan dan minta doa dari Allah, bukan sekadar fikir ‘macamana aku mati nanti ya…’
  • … dan banyak lagi perkara produktif dengan mengingati kematian.

 

Tingkatkan Produktif

Tingkatkan Produktif

 

 

Kalau kita ingat pada kematian dan buat kita rasa takut, risau, depress, macam dikejar hantu, maknanya itu bukan ingat mati, itu ingat hantu, atau benda lain. Ingat mati sepatutnya buat kita jadi lebih bermotivasi, tak nak tangguh-tangguh apa-apa, buat yang terbaik, target yang terbaik, segalanya terbaik sebab kita nak duduk di tempat terbaik nanti – syurga.

 

Jadi, nanti kalau orang-orang luar cakap “Kau ni sibuk cari duit aje, jangan la jadi hamba dunia..” kita boleh jawab “Aku sibuk bekerja ni sebab aku ingat mati”.

Mari kita bersegera, jangan menangguh-menangguh lagi.. :)

 

 

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

One thought on “Tuan Guru Hj Nik Aziz Pergi Tak Kembali, Dia Tiada Pengganti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge