Tips Buat Ibu Hamil Dalam Pemilihan Pam Susu Dengan Betul

Tips Dalam Memilih Pam Susu Yang Betul

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca..

Ramai mommies yang memilih pam susu mengikut bajet tanpa membuat perancangan awal ketika disahkan hamil. Akhirnya pam yang dibeli tidak sesuai dan terpaksa bertukar berkali-kali yang akhirnya membawa lebih banyak pembaziran.

Tahukah mommies pemilihan pam susu sangat-sangat memainkan peranan penting dalam penghasilan susu yang optimum?
Ia sama seperti cara lekapan dan hisapan bayi. Jika lekapan dan hisapan tidak betul, maka susu yang terhasil pun kurang memberangsangkan. Betul betul?

Jadi bila mommies disahkan hamil pastikan mommies mula menyimpan wang sikit-sikit untuk mendapatkan pam yang serasi bersama.

Jika mommies tak terfikir nak menyimpan awal, mommies boleh beli pam mengikut kemampuan dulu, kemudian pada masa yang sama mula menyimpan untuk dapatkan pam yang lebih efektif bila dah tersedar tentang kepentingan pam susu yang sesuai agar penghasilan susu mommies makin meningkat.

 

pam susu pilihan ramai

Pam susu pilihan ramai

 

Jadi di sini saya berikan sedikit panduan semasa mommies memilih pam susu yang serasi bersama tanpa perlu tukar pam berkali-kali:

  • mempunyai 2 phase stimulation (tarik laju-laju) dan expression (tarik perlahan) – jika kita lihat bayi menyusu pada awalnya dia akan menarik laju-laju kemudian bila susu keluar dia mula tarik perlahan. Bila kita meniru gaya bayi menyusu barulah hasil pam kita pun akan dapat lebih banyak.
  • ada banyak level suction supaya mommies boleh laras ikut keselesaan mommies. Tak ada lah terpaksa tahan sakit pasrah apa adanya..hehe
  • ada skrin masa untuk mommies monitor masadan level suction supaya mommies lebih fokus. Cuba bayangkan kalau pam takde skrin mesti mommies tak boleh agak kan nak guna level berapa.. itu yang start on sampai habis guna level yang sama je… mommies silap kalau guna level yang sama sahaja sepanjang mengepam.
  • boleh guna bateri atau power bank supaya mommies boleh pam di mana-mana sahaja..tak ada lah alasan bila pam kena dok satu tempat sajakan dan bagi alasan perasan sibuk tak sempat pam..mommies boleh lah pam sambil buat kerja lain…best kan..
  • corong pam mestilah ngam dengan saiz breast supaya susu dapat dikeluarkan habis. Jika corong tak sesuai itu yang susu sangkut lagi kat dalam walaupun dah pam dekat sejam

 

Pemilihan pam susu yang betul sangat membantu banyakkan susu ibu

Pemilihan pam susu yang betul sangat membantu banyakkan susu ibu

 

Untuk pastikan pam mommies efektif atau tidak, lepas pam cuba perah guna tangan (marmet). Kalau mommies perah 10x ke bawah susu dah tak banyak memancut bermaksud pam susu itu serasi dengan mommies. Tetapi kalau perah 10x ke atas susu masih banyak memancut bermaksud pam itu tak serasi dengan mommies.. disarankan mommies tukar pam yang lebih efektif untuk penghasilan susu yang lebih banyak akan datang

Masa pam yang terbaik satu sesi adalah 20-30 minit. Jika mommies pam terlalu cepat susu mommies sukar meningkat.

Moga panduan ini dapat membantu mommies dalam membuat keputusan memilih pam susu yang terbaik untuk anda :)

 

Saksikan video ini, wanita hebat ini sangat bercita-cita ingin menghasilkan susu ibu buat anaknya selama dua tahun. Jom tonton.. :)

 

Wanita hebat ini mengambil Set Shaklee, anda juga boleh dapatkannya dari saya..

 

 

Percaya atau tidak, tindakan anda membuat pilihan ini dapat atasi masalah anda..bertindak sekarang! :)

 

 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya.. :) Konsultasi PERCUMA!

013 205 0607 – SMS/WhatsApp

 

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge