Pengalaman Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

 

Pengalaman Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

Assalamualaikum saya ucapkan pada semua pembaca Vitamin4uall.com semoga anda semua di bawah lindungan-Nya. Kali ini saya suka nak kongsikan kepada anda semua yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai cahaya mata. Mungkin sudah bertahun menunggu, sesungguhnya rezeki itu milik-Nya. Kita berusaha dan Tuhan jua lah yang menentukan, ada hikmah disebaliknya. Jadi topik yang saya nak kongsikan kali ini ialah PENGALAMAN MUDAH HAMIL DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE.. :)

 

Apakah Kelebihan GLA Complex Shaklee Pada Yang Ingin Hamil

  • GLA Complex Shaklee adalah asid lemak Omega-6. Diperlukan oleh tubuh kita, tetapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Asid lemak Omega-6 sangat penting untuk fungsi otak, pertumbuhan normal, mengurangkan inflamasi, mengawal metabolisma dan memelihara sistem reproduktif.
  • Borage oil mengandungi GLA (omega 6) yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding GLA dalam EPO iaitu sebanyak 10%.
  • Dapat disimpulkan bahawa GLA Complex Shaklee bukan saja penting untuk wanita, tetapi juga lelaki dan kanak-kanak yang sedang membesar.
  • GLA Complex Shaklee memelihara sistem reproduktif, wanita lepas bersalin pun digalakkan ambik GLA Complex Shaklee untuk seimbangkan hormon. In sha Allah kesuburan pun meningkat.
  • Bagus di amalkan untuk ibu baru lepas bersalin. Untuk betulkan hormon dan lancarkn pengeluaran darah kotor kita tu.
  • Selain menstabilkan hormon, ia juga perbaiki peredaran haid.
  • Untuk hilangkan senggugut dan tingkatkan kesuburan.
  • Dalam EPO ada GLA, ramai wanita ambil EPO sebab inginkan GLA.

 

 

Testimoni Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

 

 

Testimoni Hamil Dengan GLA Complex #1

Testimoni Hamil Dengan GLA Complex

 

 

Testimoni Hamil Dengan GLA Complex #3

Testimoni Hamil Dengan GLA Complex

 

 

Testimoni Hamil Dengan GLA Complex #4

Testimoni Hamil Dengan GLA Complex

 

 

 Testimoni Hamil Dengan GLA Complex #5

Testimoni Hamil Dengan GLA Complex

 

 

 

Manfaat Utama GLA Complex Shaklee

  • Herba tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus – memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidak hadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melabatikan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly – GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit – Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringkan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumastisma, artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes – Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringakan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan – merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekana darah tinggi, mengelak maslah jantung seperti arteriosklerosi dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut – memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD) –  dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktid.

 

 

GLA Complex Shaklee

GLA Complex Shaklee

 

 

Untuk konsultasi dan pertanyaan, boleh hubungi saya.. :)

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

 

 

Kitaran Haid Dan Waktu Subur Wanita Untuk Hamil

 

Kitaran Haid Dan Waktu Subur Wanita Untuk Hamil

Assalamualaikum kepada semua pembaca vitamin4uall.com yang saya kasihi, moga mendapat rahmat-Nya. Kali ini saya kongsikan sedikit info tentang Kitaran Haid Dan Waktu Subur Wanita Untuk Hamil. Mungkin diantara kita masih belum tahu bagaimana kitaran haid seorang wanita bekerja secara normal. Saya mulakan dengan kenapa kita perlu tahu waktu subur seseorang wanita?

 

Kenapa Perlu Tahu Waktu Subur Wanita?

  • Untuk memudahkan mendapat zuriat
  • Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

 

Ketahui Dan Fahami Kitaran Haid Wanita Untuk Waktu Subur

Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.

Kitaran Haid Dan Waktu Subur

Kitaran Haid Dan Waktu Subur

 

Bilakah Waktu Subur Wanita?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

 

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur Wanita

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.

 

Menganggar Waktu Subur Yang Terbaik Untuk Mendapatkan Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam/siang) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14

 

Suplemen Hormon Pelengkap Untuk Subur

Setelah anda ketahui waktu subur anda, pasti dengan mudah anda boleh merancang bukan? Harap sedikit sebanyak dari info diatas ini dapat memberi manafaat kepada anda.

Selain anda merancang untuk hamil melalui ketahui waktu subur anda, anda juga digalakkan untuk perbetulkan hormon didalam badan juga. Iaitu dengan mengambil makanan yang seimbang dan juga mengambil suplemen sebagai pelengkap anda. Saya syorkan anda untuk mengambil suplemen GLA Complex dari produk Shaklee kerana ia selamat, semulajadi dan HALAL itu sangat penting. Anda boleh klik GLA Complex Shaklee untuk maklumat lebih lanjut.

 

 

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com