Tips Untuk Wanita Apabila Dalam Situasi Bahaya

 

Apabila Wanita Berhadapan Satu Situasi

.

SITUASI 1
Seorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.  Dia seorang diri, tiba-tiba ada seorang lelaki tak dikenali nak naik sama. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

.

Hadapi setiap situasi

Hadapi setiap situasi dengan yakin pada Allah

.

SITUASI 2
Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan masa itu perempuan itu seorang saja di rumah. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan serta pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

.

SITUASI 3
Sedang jalan-jalan di satu laluan tiba-tiba rasa macam ada seseorang lelaki dari arah belakang. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! Ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus. Ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, “Apa yang kau nak?!” dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

.

SITUASI 4
Katakanlah anda baru sampai dari KL ke JB. Waktu itu sudah malam. Call boyfriend tidak angkat, family tiada kereta nak ambil. Jadi, terpaksalah naik teksi. Tengok muka driver teksi tu semacam saja. Teksi lain sudah tiada. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

.

SITUASI 5
Oklah. Sudah ambil no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. Buat-buat call family pun sudah. Tetapi driver teksi tu buat hal jugak! Dia tukar direction ke arah lain. Nak masuk jalan hutan kot! Apa nak buat? Takut dah ni.

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat, dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

.

Pengajaran

Sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. Dan paling penting… DOA dan TAWAKAL berserah pada ALLAH

Sebarkan dan Share pada wanita yang anda sayangi.. :)

.

.

Credit to my sister

.

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com