Tips Menghilangkan Penyakit Jiwa Di Media Sosial

Tips Menghilangkan Penyakit Jiwa Di Media Sosial

Media sosial terutama FaceBook adalah seumpama medan perang yang sangat bahaya. Dalam FaceBook  ini macam-macam orang boleh tulis, boleh update, boleh taip, boleh quote sesiapa, boleh letak gambar sesiapa, boleh buat apa sahaja. Amat-amat bahaya bagi mereka yang mudah diserang penyakit panik lalu terus percaya bulat-bulat dengan apa yang dibaca, atau mudah ‘terasa’ atau ‘sentap’ dan masuk dalam hati. Mungkin ada di kalangan kita.

 

media sosial

Media Sosial

 

Mula-mula sekali, RELAKS. This is FaceBook, anyone can be anything. Sesiapa pun boleh buka akaun seperti ‘Barrack Obama’ apa lagi akaun ‘Al Fadhil Ustaz Abu As-Serbani Al-Kelantani A-Petani’ atau akaun ‘Doktor Yang Paling Bijak di Dunia’…. Sesiapa pun boleh buat. Kita-kita pun boleh buat sekarang. Maksudnya di sini – dont believe everything you read on facebook. Jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca di FaceBook.

 

Apa Perlu Buat Dengan Media Sosial FB ?

  • BERHENTI SKROLL NEWSFEED

Kalau ingin baca update kawan, taip sahaja nama mereka. Ingin baca update ilmu dari mana-mana page, taip sahaja. Ingin skroll, skroll sahaja page bermanfaat atau group berfaedah. Makin banyak skroll, makin banyak jumpa benda-benda merapu, lagi-lagi kalau ramai di kalangan kawan-kawan FB itu jenis yang suka-suka hati main share saja. Jadi, senang sahaja kan? STOP.

 

  • HIDE PROFIL/PAGE YANG SELALU BAGI UNSUR NEGATIF

Jelmakan yang diperlukan sahaja kalau rasa perlu sangat nak kena juga tengok newsfeed.

 

  • BACA DAN EDIT POST SENDIRI

Boleh jadi muhasabah juga. Cuba buka post bulan lepas-lepas, mungkin ada ayat atau gambar yang tidak patut berada di situ.

 

  • OFF NOTIFICATION

Lagi satu off notification untuk profile yang tidak berapa penting dan penuh dengan aura negatif dengan kita. Hidup akan lebih aman dengan tidak tahu apa-apa dari tahu buat-buat tidak tahu. Haha.. (lebih mulia dari unfriend.. yeke?) Tettt…

 

Mangsa Media Sosial

Ketahuilah, sangat tidak berbaloi apabila kita terpaksa tanggung sakit jiwa seorang diri. Sedangkan pihak yang lagi satu hidup bahagia dengan menyebarkan sesuatu isu yang tidak benar di media sosial. Tak patut.. Tak patut..

Kita-kita ini bukanlah orang yang begitu kan.. :)

 

Credit to PM Lyna