Assalamualaikum wbt
Walau apa pun yang ibu makan/minum untuk membanyakkan susu badan, jangan lupa asas penyusuan susu STIMULASI! Kerapkan mengepam dan menyusukan bayi anda untuk elak susu badan kurang.
Lumrah bila tak semua ibu dapat menyusukan anaknya. Ramai ibu yang niat awal nak menyusukan anak, tetapi bila anak lahir, tak dapat. Dan paling mudah untuk menerangkan keadaan susu badan kurang adalah – TAK ADA SUSU. Paling menyedihkan bila ibu itu tak tahu apa sebabnya dia boleh tak ada susu.
Jadi ini mungkin memberikan sedikit tekanan bila orang lain mampu menyusu badan. Sebenarnya, mudah kalau kita tahu sebab-sebabnya, jadi kita boleh cari cara nak atasinya.
Punca Susu Badan Kurang
Antara penyebab ibu-ibu mengalami kekurangan/kekeringan/ketiadaan susu badan (tanpa mengabaikan rangsangan dari hisapan bayi dan pam) semasa awal kelahiran:
- Anemia
- Ketidakseimbangan hormon tiroid
- Hypopituitarism
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)
- Menghidap kencing manis dan bergantung pada insulin
- Tak cukup tisu glandular (IGT)
- Pernah jalani pembedahan payudara
- Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis
- Sindrom Sheehan, apabila pituitari kekurangan darah disebabkan oleh pendarahan semasa melahirkan, jadi ia tidak menghasilkan hormon mencukupi untuk laktasi
- Obesiti
- Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah atau sebagainya
- Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
- Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progesteron
- Edema disebabkan oleh IV
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik
Jadi, ibu-ibu terutama yang baru bersalin perlu lihat semula. Apakah mereka mengalami susu badan kurang disebabkan perkara-perkara di atas. Dan yang paling penting ialah SUSUKAN BAYI SEAWAL MUNGKIN.
Milk booster yang sebenarnya ialah hisapan bayi, jadi selepas saja bersalin teruslah menyusukan bayi supaya terus dapat MILK BOOSTER anda.
Jadi kesimpulannya, kalau ‘susu tak ada lepas bersalin’, mungkin sebabnya yang tersenarai di atas. Rezeki adalah milik Allah, tetapi untuk dapatkan ‘rezeki’ kena berusaha.
Selamat menyusukan permata hati! 🙂
Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)
FB fanpage: Vitamin4u
Email: ayusabrina@gmail.com
betul tu…lagi awal kita susukan bayi kita lps dilahirkan, lagi cepat susu akan mula terhasil…
tq kongsi pasal topik nie 🙂
syuhada amir baru je tulis entri best ni…Resipi Puree Bayi Sebagai Makanan Pertama Yang Berkhasiat
Thanks Pn Syudaha, semoga bermanfaat.. 🙂