Assalamualaikum
Hari ini ingin saya kongsikan cerita kepada ibu-ibu diluar sana tentang makanan pejal pertama bayi kita. Makanan pejal pertama bayi yang dimaksudkan adalah selain daripada susu yang kita beri kepada bayi yang baru lahir sampai umur bayi 5 atau 6 bulan.
Memang hanya digalakkan beri susu ibu sahaja sehingga 5 atau 6 bulan dan makanan pejal hanya diberi selepas bayi 5 atau 6 bulan keatas.
apakah waktu elok untuk diberi kepada bayi? ada kes dimana makanan pejal diberi terlampau awal, ada ibu-ibu beri seawal sebulan atau dua bulan kepada bayi. memang ada sebabnya kenapa makanan pejal ini dikhaskan untuk diberi kepada bayi 6 bulan keatas.
Jika bayi diberi makan sebelum usia enam bulan
- akan mengakibatkan masalah dalaman seperti masalah perkembangan bayi
- akan mengganggu sistem penghadaman bayi
- bayi tidak boleh menerima dan menghadam makanan pejal dalam usia 2 atau 3 bulan – serius bayi memang tak boleh terima makanan pejal
- makanan pejal seawal 2 atau 3 bulan kemungkinan akan menyebabkan bayi mengalami komplikasi seperti pecah usus atau sebagainya
- jika diberi makanan pejal kepada bayi sebelum waktu yang boleh inilah risiko yang bayi akan hadapi
- jadi waktu yang sesuai beri anak-anak makanan pejal adalah sewaktu anak 5 atau 6 bulan
- apakah makanan yang paling sesuai untuk anak adalah seperti bijiran, cereal atau pun makan yang mudah dihadam
- apabila bayi sudah boleh menerima atau sebati dengan makanan pejal seperti bijiran, cereal atau makanan yang mudah hadam, jadi ibu-ibu mungkin boleh tingkatkan makanan dengan memberi bubur
- masalah pemakanan kepada kanak-kanak adalah very common. masalah tidak akan nampak ketika bayi tetapi