Makanan Cina Muslim Paling Sedap Di Shah Alam

Assalamualaikum wbt

Makan oh! makan. Bercakap tentang makan, saya sangat tertarik dengan satu restauran cina muslim di Shah Alam seksyen 13 belakang Tesco. Seumur hidup saya memang belum pernah ingin mencuba masakan cina muslim mana-mana tempat pun. Tetapi BOS saya yang baik hati telah belanja makan di tempat makanan cina muslim ini. Restauran masakan cina muslim ini diberi nama JUADAHS.

makanan cina muslim_menu

makanan cina muslim_menu

Makan Makanan Cina Muslim Sampai Jilat Jari

Yang halal itu fardhu, yang lazat itu perlu. Makanan cina muslim ini halal itu sudah tentu, tetapi yang paling best ada satu menu ini diberi nama sayur kailan dua rasa. Best dan peliknya sebab sayur kailan ini dipotong halus-halus seperti orang nak buat bunga rampai macam untuk kahwin. Daunnya dipotong halus-halus dan digoreng dahulu dan diasingkan, kemudian batang sayur kailan ditumis dengan bahan tumisan. Sudah siap ditumis, daun sayur yang tadi ditabur atasnya dan diatasnya lagi ditabur sedikit ikan bilis goreng. Nampak pelik pada saya yang pertama kali makan, tetapi sedap…sampai licin pinggan.

makanan cina muslim_kailan dua rasa

makanan cina muslim_kailan dua rasa

 

Selain itu kami ada juga pesan menu ikan siakap goreng pun rasanya agak sedap sebab kuahnya ada macam diletak dan dicampur dengan telur itik. Biasa makan telur masin dibelah dua saja, tetapi yang ini lain. Ada pesan menu lain juga, seperti kuah tomyam dan lain-lain lagi.

makanan cina muslim_menu best

makanan cina muslim_menu best

 

Minuman Di Restauran Makanan Cina Muslim Super Special

Kami makan beramai-ramai jadi pesan minuman pun sama saja iaitu air lai chi kang suam. Air ini sudah biasa diminum semua orang. Nak cerite yang super special-nya satu minuman ini, salah seorang dari kami pesan minuman diberi nama RIBENA SPECIAL. Air minuman ini ada tembikai dihias cantik, diletak pula laici dipuncaknya dan airnya adalah ais yang diblend. Bila sampai saja air minuman RIBENA SPECIAL ini dimeja kami, semua orang “Woaaaaaah!”..masing-masing jakun dan terpegun dengan hiasan yang cantik dan memang rasanya pun sedap.

makanan cina muslim

makanan cina muslim – air RIBENA SPECIAL didepan lelaki berkaca mata sedang minum

 

Lepas semua sudah kenyang, kami dihidangkan pula dengan pencuci mulut yang diberi nama MANGGO SAGO LO. Teskturnya memang sangat halus, lain dari yang lain. Pencuci mulut ini memang recommended untuk semua orang datang sini. Rugi kalau tak cuba.. :)

makanan cina muslim_manggo sago lo

makanan cina muslim_manggo sago lo

 

Keselesaan Di Restauran Makanan Cina Muslim

Restauran ini memang selesa sebab dipasang air-cond. Dan paling penting restauran ini juga ada sediakan surau untuk pelanggan yang datang. Tak semua restauran sediakan tempat solat, tetapi disini disediakan.

makanan cina muslim_surau

makanan cina muslim_surau

 

Restauran makanan cina muslim ini sudah kali kedua saya datang bersama suami dan anak-anak. Kepada yang berdekatan dengan kawasan bandar Shah Alam dan ingin mencuba makanan cina muslim boleh datang disini. Harga pun tidak terlalu mahal, tetapi yang penting masakan dan makanan sangat puas hati.. :)

 

 

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge