Kenapa Saya Tidak Boikot Shaklee???

Kenapa Saya Tidak Boikot Shaklee???

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda digalakkan untuk meneliti dulu tentang isu boikot di dalam petikan Ustaz Zaharudin.

Dalam isu boikot, saya bersandarkan kepada artikel Ustaz Zaharudin yang ditulis oleh beliau sendiri. Kerana bagi saya, Ustaz Zaharudin adalah seorang yang alim bab ini. Siapalah saya jika nak dibanding dengan Ustaz Zaharudin. Saya cuma berkongsi isi-isi penting yang beliau kongsikan. Bila kita mahu meletak hukum atas sesuatu perkara, kita mesti baca dari atas ke bawah satu persatu, bukannya main terjah baca sikit-sikit, lepas tu terus buat kesimpulan. Itu bukan caranya. Jom kita baca panjang lebar apa yang Ustaz Zaharudin kongsikan dalam artikel beliau di blog beliau. Di sini saya selitkan sedikit info daripada petikan blog ustaz.

 

***

Kesimpulan umum :

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : –
.
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,
.
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
.
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
.
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
.
.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
.
***
.
Memandangkan ada ramai orang yang bertanya tentang pendapat dan pendirian saya mengenai isu Roger Barnett sebagai salah seorang BOD untuk persatuan kebajikan yang dikatakan menyumbang kepada Israel maka dengan ini ada yang memberi pendapat bahawa produk ini perlu diboikot. Maka saya dengan ini menyatakan beberapa perkara yang kalian sendiri boleh pertimbangkan serta dalam pada masa yang sama lakukan solat istikharah untuk lebih yakin dengan pendirian kalian sendiri.
.
.
  • Shaklee adalah syarikat yang tidak menyumbang kepada Israel. Ini adalah terang dan jelas kerana ia tidak disenaraikan dalam mana-mana senarai syarikat yang menyumbang kepada Israel. Shaklee sendiri mengeluarkan statement untuk menjelaskan kedudukan syarikat.

.

.

Company statement -KI

Penyataan Dari Syarikat

.

.

Company Statement- carotomax

Penyataan Dari Syarikat

.

.

Company Statement- ELSI

Penyataan Dari Syarikat

.

.

SIJIL HALAL SHAKLE

SIJIL HALAL SHAKLEE

.
.
.
  • Melihat dari sudut persendirian atau hak perseorangan. Kita semua mempunyai hak untuk menyalurkan duit kepada agama kita. Bagi yang Islam, saya yakin zakat sedekah dan infaq diterapkan kepada semua ahli agar mendapat keberkatan dari rezeki Shaklee yang kita usahakan. Begitu juga dengan yang bukan Islam, wang kalian pastinya kalian salurkan kepada gereja dan badan-badan pertubuhan yang lain. Maka Roger Barnett juga berhak menyalurkan kewangan beliau pada agama beliau. Shaklee bukan satu-satunya bisnes beliau tetapi beliau mempunyai banyak bisnes yang lain juga (BURBERRY, Beauty.com etc – SILA GOOGLE). Sebagai seorang yang terlibat dengan bidang korporat mereka akan menyertai mana-mana badan amal demi mengurangkan cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan. Saya yakin bagi yang mendaftar Shaklee menggunakan nama syarikat akan membuat perkara yang sama.

.

  • Kamu dengan agamamu, aku dengan agamaku. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”. ( Surah Al Kafirun ) Surah ini jelas menerangkan prinsip kami.

.

  • Pastikan ada ilmu untuk berhujah dan berlaku adil. Andai ada yang mempunyai niat untuk memboikot, terlebih dahulu boikot la dengan ilmu. Roger Barnett bukanlah tersenarai dalam 10 lelaki terkaya di dunia dan Shaklee bukanlah syarikat terbesar dunia. Hanya kerana dia dilahirkan Yahudi dan membuat amal dalam agamanya, kita menepis kebaikan produk yang selama ini kita ambil? Maka di sini saya mahu bertanya siapakan pemilik Facebook dan Whatsapp? Tidakkah dari bangsa orang yang sama? Adakah pasti dia tidak menyumbang untuk membuat amal pada agama beliau? Mengapa anda tidak usaha boikot FB dan WhatsApp andai anda berniat nak boikot Shaklee? Pernah dengar kisah Saidina Uthman bin Affan yang berurusniaga dengan Yahudi dan membeli sebuah perigi seterusnya mewakafkan kepada seluruh umat Islam di zamannya. Ini kerana Sesungguhnya Hikmah itu adalah barang tercicir orang Mukmin. Barangsiapa yang menemuinya maka dia berhak ke atasnya.

.

  • Adakah anda menggunakan duit Shaklee untuk agama Islam? [Bagi SID ISLAM khususnya] Dalam buku MMR sendiri ada menulis sebuah kisah di zaman sahabat yang mana kebunnya sentiasa subur kerana beliau menginfakkan 1/3 pendapatannya kepada jalan ALLAH. Maka pada saya mereka yang mengamalkannya dengan pendapatan perniagaan hasil Shaklee ini pasti tahu bahawa Roger juga boleh melakukannya untuk agamanya sebagai hak individu.

.

  • Saya selalu tekankan dan sarankan agar setiap kita membayar zakat, infaq dan sedekah besar melalui duit Shaklee ini agar ia dapat membantu membangunkan ummah. Melalui bonus yang besar anda boleh menyumbang BESAR kepada Palestin dan Gaza. Andai selama ini anda hanya membayar 2.5% zakat dan menggunakan nama syarikat untuk mengelak cukai, pastinya anda melihat tindakan Roger Barnett itu sesuatu yang menjanggalkan untuk agama kerana anda sendiri tidak menggunakan 1/3 hasil untuk agama Islam.

.

  • Ia adalah strategi Pesaing. Saya melihat dari sudut persaingan, ia adalah salah satu usaha untuk menjatuhkan Shaklee. Ini kerana Shaklee bukanlah satu-satunya bisnes Roger Barnett. Mengapa Shaklee itu yang diperbesarkan mengapa tidak nama-nama syarikat Roger Barnett yang lain? Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mewujudkan perasaan was-was kepada mereka yang goyah dan membuat orang terpedaya di sebalik nama syarikat Shaklee.

.

  • Lakukan SOLAT ISTIKHARAH. Andai anda benar-benar mahu boikot semua produk US atau Yahudi atau apa juga yang pada pandangan anda benar, saya tiada hak untuk bersuara kecuali menyarankan lakukan solat istikharah. Saya juga berharap anda boikot secara menyeluruh. Bukan produk Shaklee sahaja.

 

Dalam sirah menjelaskan bahawa Rasullah saw sendiri berurus niaga dengan kaum Yahudi dan syarikat Shaklee tidak menyumbang kepada Israel.

.

Maka dengan ini anda tahu kedudukan kami serta prinsip peribadi kami.
.
SEPERTIMANA ADA YANG MENYATAKAN MEREKA TIDAK MAHU MENUTUP AKAUN FACEBOOK [BOIKOT FB] KERANA MENGGUNAKAN FACEBOOK SEBAGAI SENJATA UNTUK MENENTANG, MAKA KAMI MENJADIKAN PENDAPATAN SHAKLEE KAMI UNTUK MENYUMBANG KEPADA AGAMA KAMI.
.
.
***
.
Harap serba sedikit dapat memberi pencerahan..Sekian, Terima kasih.
.
.
.
Credit to Master N & Master Ira
.
.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge