Kemas Rumah Dengan Pantas Dan Mudah

Assalmualaikum wbt

Mengejar cabaran blog 30hari, saya sudah tertinggal banyak entry. Ok cabaran kali ini adalah tentang kemas rumah. Kami suami isteri bekerja dan ada dua orang anak yang sangat sihat dan aktif. Rumah sentiasa kelihatan sana sini mainan bersepah, makanan biskut berciciran di lantai walaupun kami terpaksa bersihkan setiap hari. Itu sudah perkara biasa bagi ibu ayah diluar sana apabila ada anak kecil. Macam mana nak buat jika ada tetamu datang secara tiba-tiba? Mesti huru-hara nak mengemas..haha jangan tipu.. :)

 

rumah bersepah

Rumah bersepah – (gambar hiasa sahaja)

 

Tips Kemas Rumah Dengan Pantas Dan Mudah

Apabila rumah bersepah macam dilanggar geruda merong mahawangsa, ibu ayah jangan susah hati jika ada benda ini dirumah.

  • Storage box – Box ini sangat penting sangat-sangat apabila barang mainan anak bersepah sana sini, mainan bukan sikit-sikit tapi banyak. Boleh terus kumpul sumbat dalam storage box. Kemudian, susun cantik bertingkat-tingkat dalam stor. Nak cepat sangat sumbat baju, handphone, buku, pen pun boleh..lepas tu cari tak jumpa-jumpa itu perkara biasa sangat.
storage box_

storage box_

 

  • Plastik Storage Container – Rak Plastik ini penting untuk susun baju anak-anak. Nampak kemas tersusun dan mudah. Jimat ruang sebab rak ini bertingkat-tingkat.
plastic-storage-container

plastic storage container – simpan baju anak-anak

  • Rak Besi –  Kami panggil rak besi saja. Rak ini sangat bagus sebab kami banyak tersimpan barang waktu bujang yang sayang nak dibuang. Contoh seperti buku-buku belajar dulu, kami susun dalam kotak dan susun atas rak besi ini. Selain tu boleh susun pampers anak-anak, storage box anak-anak, vaccum, dan banyak lagi. Tak makan banyak ruang, sangat jimat.
rak besi

Rak besi serbaguna

 

my assistant

My assistant – anak bujang yang rajin

 

2 thoughts on “Kemas Rumah Dengan Pantas Dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge