Alhamdulillah, syukur kita kepada yang Maha Esa dengan pemberian RahmatNya yang tidak terhingga. Saya rasa gembira nak kongsikan tentang apa kelebihan Ratib Al Attas ini kepada semua pembaca sebabnya hanya si pengamal sahaja yang tahu dan dapat rasa. Hehe…anda boleh cuba 1 bulan secara istiqamah dan rasakan auranya.. 🙂
Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Azizan Osman sebab perkenalkan kepada saya dan ajar saya apa itu Ratib Al Attas serta kelebihan Ratib Al Attas ini. Terima kasih juga kepada adik Anas yang masih belajar di Kolej Islam di Gombak kerana kongsikan sedikit sebanyak info tentang Ratib Al-Attas ini.
Sejarah Ratib Al-Attas
- Wirid ini di susun oleh Al-‘Alamah Al-Habib Umar Bin Abdurrahman Al-Attas.
- Beliau dilahirkan di desa Lisk dekat dengan desa Ainat, di bagian bawah negeri Hadhramaut, di akhir abad ke-10, tepatnya pada tahun 229H.
- Sejak kecilnya beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau sendiri, al-Habib Abdur Rahman bin Aqil.
- Meskipun mata beliau buta sejak kecil, tetapi Allah memberinya kecerdasan otak dan pandangan hati (Bashirah), sehingga beliau mudah menghafal apa saja yang pernah didengarnya.
- Beliau adalah keturunan Rasulullah S.A.W dan merupakan ulama besar di bumi Hadramaut , Yamen.
Kelebihan Ratib Al Attas
Berkata sebilangan ulama ahli salaf, antara keutamaan ratib ini bagi mereka yang tetap mengamalkannya, adalah dipanjangkan umur, mendapat Husnul-Khatimah, menjaga segala kepunyaannya di laut dan di bumi dan senantiasa berada dalam perlindungan Allah.
Bagi mereka yang mempunyai hajat yang tertentu, membaca ratib pada suatu tempat yang kosong dengan berwuduk, mengadap kiblat dan berniat apa kehendaknya, Insya-Allah dimustajabkan Allah.
Para salaf berkata ia amat mujarrab dalam menyampaikan segala permintaan jika dibacanya sebanyak 41 kali.
Antara kelebihan Ratib Al-Attas ini adalah:
- Ia menjaga rumahnya dan 40 rumah-rumah jirannya dari kebakaran, kecurian dan terkena sihir. As-Syeikh Ali Baras berkata: “Apabila dibaca dalam suatu kampung atau suatu tempat, ia mengamankan ahlinya seperti dijaga oleh 70 pahlawan yang berkuda”.
- Ratib ini mengandungi rahsia-rahsia yang bermanfaat. Mereka yang tetap mengamalkannya akan diampunkan Allah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
- Bagi mereka yang terkena sihir dan membaca ratib, Insya-Allah diselamatkan Allah dengan berkat Asma’ Allah, ayat-ayat al-Quran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.
- Al-Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin Husein al-Attas berkata: “Mereka yang mengamalkan ratib dan terpatuk ular nescaya tidak akan terjadi apa-apa pada dirinya. Bagi orang yang takut nescaya akan selamat dari segala yang ditakuti. Pernah ada seorang yang diserang oleh 15 orang pencuri dan dia selamat.” Itulah serba sedikit kelebihan ratib yang di susun oleh Habib Umar Bin Abdurahman Al-Attas. Segala hajat yang terbuku di hati insyaAllah dikabulkan oleh Allah.
Cara Amalan Ratib Al-Attas
Boleh diamalkan pada setiap masa tetapi yang lebih afdhal adalah pada sebelum Maghrib atau selepas Maghrib. Ini adalah apa yang diajarkan oleh guru-guru kami. Hanya sekali sehari sahaja yang penting istiqamah dalam melakukannya.
Ini banyak diamalkan oleh para habib, ulama, para asatizah dan juga pelajar-pelajar dari pondok atau madrasah di sekitar Asia Nusantara juga Madrasah di Mesir dan Yamen. Sebelum membacanya niatkan segala hajat yang kita mahukan insyaAllah mudah-mudahan makbul hajat kita.
Jadi, saya menyarankan bahawa kepada semua yang ingin memohon hajat baca ratib ini khususnya dalam perniagaan yang anda lakukan. InsyaAllah dengan keberkatan ayat-ayat Al-Quran di dalam ini juga zikir di dalam ini yang di susun oleh para wali, moga-moga dikabulkan segala hajat orang yang membaca ratib ini. Allahumma Aminn…
Pesanan Saya:
- Mula-mula saya baca ambil masa 30 minit, tapi sekarang dah lancar sikit ambil masa 20 minit sahaja.
- Anda boleh dapatkan buku-buku seperti kelebihan Ratib Al Attas ini dikedai berhampiran, tapi buku saya ni saya dapat waktu join Program IMKK bersama Dr. Azizan Osman.
- Nak istiqomah setiap hari memang bukan perkara senang, tapi cubalah paksa diri kita. Tiada siapa dapat ubah diri kita kecuali diri kita sendiri.
- Selamat beramal dan menimba ilmu serta bersedia menerima Rahmat dari-Nya untuk diri saya dan anda khasnya.. 🙂
Fast Action, Fast Result!
Tak Cuba, Tak Tahu!
Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)
FB fanpage: Vitamin4u
Email: ayusabrina@gmail.com
Penjelasan yang lengkap, terima kasih share. 🙂
Terima kasih, semoga bermanfaat.. 🙂
good job
Asalamualaikum,
Boleh saya tahu, dimanakah boleh saya dapatkan buku Ratib Al-Attas ini?
Terima kasih.
Niza
Waalaikumsalam, boleh text di no 0132050607 untuk dapatkannya. sementara stok masa ada.
alhamdulillah rotib udah melekat di hati
good
salam. seperngatahuan ana. rattib ni harus bersanad…memang bagus diamalkan,banyak perkara baik yang kita akan peroleh..wallahualam
wasalam. ya saya terima bacaan ini juga bersanad. bagus diamalkan, semoga bermanfaat.
bisakah saya dapat bukunya ? atau fail pdfnya untuk dibaca
tiada fail pdf. Jika mahu bukunya minta message/WhatsApp saya di no 0132050607 – Rahayu. sementara stok masih ada.
Moga kita kelak meninggal dg khusnul khotimah,.. Amiin
insyaAllah. Amin.
Thank atas pencerahannya cma memang kadang bawaanya baca ratib tu malas nian
Barokallah
Terimakasih atas penjelasan di atas,smoga bermanfaat.amin
InsyaAllah, semoga bermanfaat.
Terima kasih.mudahmudahan barokah
insyaAllah, mudah mudahan, amin.
Terima kasih ayu bagi pencerahan. 😄👍 Saya mohon share ye. Semoga rezeki sis ayu melimpah ruah. Aamiin.
silakan share, semoga sedikit info tak seberapa ini memberi kebaikkan. semoga sis Dilla juga mendapat rezeki yang luas dari-Nya. Amin.
Subhanalloh. Pengen amalkan saya. Semoga allah senantiaasa melindungi kita semua
semoga mendapat manfaat.
betul masa mula baca tu lama la sikit, tp lepastu dah makin cpat, sama jugak dgn amalan lain
kali pertama lama sikit payah sikit, lpastu makin snang rasa kejap je pon
semoga dimakbulkan semua org yg mengamalkan dgn izin Allah
amalan yang semoga konsisten.
Trimakasih bnyak atas pnjlasanya,,smga dgn mmbaca artikel ini jd lbh afdol dlm mlksankn ibdah n rathibznya,?
Trimakasih bnyak atas pnjlasanya,,smga dgn mmbaca artikel ini jd lbh afdol dlm mlksankn ibdah n rathibznya,?
Reply
insyaAllah semoga konsisten dengan amalan baik2.
Di mana ayat nya ? Yg perlu dibaca 41 kali tu..
1 kitab ratib dibaca 41 kali.
Good Job