Kekurangan Air Ketuban Ibu Hamil Menjejaskan Fungsi Paru-paru Bayi

Suka ingin saya kongsikan kepada ibu-ibu hamil tentang kepentingan air ketuban kepada bayi yang dikandung.

Mungkin ibu-ibu hamil diluar sana masih kurang jelas apa kepentingan air ketuban atau apa akibatnya jika kekurangan air ketuban kepada ibu hamil dan bayi.

 

APA ITU AIR KETUBAN?

Untuk permulaan maksud air ketuban ialah air yang mengelilingi kandungan sewaktu berada dalam rahim ibu.

kekurangan air ketuban ibu hamil

 

 

PUNCA AIR KETUBAN

Punca air ketuban kebiasaannya berasal dari air kencing bayi dan air kencing ini bermula dari 12 hingga 14 minggu mengandung dan ia akan berterusan sehingga saat-saat terakhir bila bayi nak di lahirkan.

Punca lain daripada penghasilan air ketuban adalah dari uri ibu. Jika fungsi uri ibu hamil kurang memuaskan atau bayi kurang mengeluarkan air kencing, air ketuban kadang kala di dapati akan kurang.

Tetapi jika sebaliknya bayi dalam kandungan menghasilkan lebih banyak air kencing atau uri ibu ‘over acting’ sekiranya sebab-sebab tertentu air ketuban di dapati akan lebih.

 

FUNGSI AIR KETUBAN

Fungsi yang utama air ketuban ialah sebagai ‘sort absober’ atau dipanggil ‘bumper’. Mungkin ibu-ibu hamil ingat kereta sahaja ada ‘bumper’ kan, tetapi bayi dalam kandungan juga perlukan ‘bumper’. Air ketuban berfungsi sebagai ‘bumper’ untuk bayi bagi mengelakkan tekanan ke atas bayi.

Bagi ibu hamil jika sekiranya ada terhentak pada perut dengan rahim dan waktu pengerasan atau waktu proses nak bersalin, ia akan mengurangkan proses ‘pressure’ ke atas bayi. Jadi bayi akan rasa selamat dari kesan pengerasan dari dalam rahim atau hentakkan dari luar perut ibu hamil.

 

kekurangan air ketuban ibu hamil _1

 

 

KESAN JIKA AIR KETUBAN BERKURANGAN

Sekiranya air ketuban didapati kurang ia akan memberi kesan kepada proses kematangan paru-paru bayi. Paru-paru bayi tidak dapat berkembang secara normal dan akan di dapati kekurangan air ketuban pada permulaan mengandung boleh menjejaskan fungsi paru-paru bayi.

Selain daripada itu, kita sebagai manusia memang perlukan exercise atau senaman ringan bagi ibu hamil untuk memastikan proses pergerakan tangan semua elok.

Sekiranya air ketuban kurang, bayi kurang gerak. Jika bayi kurang gerak, proses pergerakan bayi tidak dapat dilakukan dan bayi di dapati dalam situasi yang tulang-tulang dia dan ototnya tidak memuaskan dari segi pertumbuhannya.

Dalam erti kata lain pertumbuhan bayi dalam kandungan akan terencat, terbantut atau sebagainya.

 

TIPS JIKA AIR KETUBAN PECAH

Sekiranya air ketuban pecah, ibu hamil di nasihatkan datang segera berjumpa doktor secepat mungkin. Salah satu masalah bila air ketuban pecah dan kedudukan bayi yang tidak stabil maknanya bukan kepada di bawah adakalanya tali pusat boleh terkeluar dan ini adalah risiko yang paling tinggi buat ibu hamil.

Dalam masa yang sama doktor akan nasihatkan untuk melahirkan bayi dengan secepat mungkin untuk selamatkan bayi.

kekurangan air ketuban ibu hamil _3

 

TIPS MENDAPAT KESIHATAN TERBAIK IBU HAMIL

Ibu hamil sangat digalakkan mengambil suplemen tambahan untuk ibu dan bayi. Ramai kebanyakkan ibu-ibu di luar sana masih mengabaikan dalam hal menjaga kesihatan. Saya kongsikan tips-tipsnya ialah:

  • Pastikan pengambilan asid folik, jangan sesekali abaikan. Ingin tahu asid folik yang terbaik, KLIK SINI
  • Ibu hamil mesti ambil obimin. Jangan risau bayi jadi terlalu besar dalam perut. Hanya dapatkan multivitamin yang dibuat secara semulajadi. Dapatkan multivitamin yang terbaik, KLIK SINI
  • Kalsium penting untuk ibu terutama sekali bayi. Kerana bayi akan menarik semua kalsium yang ada pada ibu. Jadi ibu-ibu perlu memilih kalsium yang memberi kesan terbaik, KLIK SINI

 

 

Ibu-ibu hamil, buatlah pilihan yang tepat dan terbaik untuk anda dan bayi kesayangan anda. Tindakan ibu-ibu membuat pilihan hari ini adalah untuk kesihatan anak-anak dan keluarga anda.. :)

 

Untuk pertanyaan boleh hubungi saya, atau boleh tinggalkan komen diruangan komen dibawah. Insya-Allah saya reply secepat mungkin.. :)

 

–Share with you–

 

Ayu_Rahayu

SMS / WhastApp : 013 205 0607

FB : Vitamin4u

SID : 915071

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge