Makanan Cina Muslim Paling Sedap Di Shah Alam

Assalamualaikum wbt

Makan oh! makan. Bercakap tentang makan, saya sangat tertarik dengan satu restauran cina muslim di Shah Alam seksyen 13 belakang Tesco. Seumur hidup saya memang belum pernah ingin mencuba masakan cina muslim mana-mana tempat pun. Tetapi BOS saya yang baik hati telah belanja makan di tempat makanan cina muslim ini. Restauran masakan cina muslim ini diberi nama JUADAHS.

makanan cina muslim_menu

makanan cina muslim_menu

Continue reading

Awas Dengan Produk Kesihatan Yang Anda Ambil

Assalamualaikum wbt

 

Awas dengan produk-produk kesihatan yang mengandungi YOHIMBINE!

Yohimbine dikategorikan sebagai Racun Berjadual dan dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan berfungsi sebagai agen perangsang seks. Namun, sudah menjadi fenomena di mana Yohimbine dicampur palsu dalam produk-produk kesihatan dan produk bina badan serta mempunyai tuntutan iklan yang melampau.

Pengguna dinasihatkan untuk membaca label kandungan bahan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian terutamanya bagi produk-produk bina badan. Jadilah pengguna yang prihatin dan bijak.

 

Pilihan Produk Kesihatan Anda

produk beracun

 

Kembali ke Undang-Undang Malaysia Pada Racun Dan Jualan Produk Yang Mengandungi Dadah.

Sama ada produk itu adalah dadah di bawah undang-undang yang ditentukan, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berbeza terpakai bagi setiap jenis produk. Firma kadang-kadang melanggar undang-undang dengan tuntutan tanpa mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

Adakah anda tahu..
Bagaimana undang-undang yang menentukan sesuatu produk?
Bagaimana undang-undang yang menentukan kosmetik?
Bagaimana undang-undang yang menentukan dadah?
Bolehkah produk yang kedua-dua kosmetik dan ubat?

 

Pilihan Produk Kesihatan Anda

undang-undang negara

 

Jangan lupa untuk SEMAK STATUS PENDAFTARAN PRODUK sebelum membeli atau menggunakannnya di www.bpfk.gov.mywww.pharmacy.gov.my atau boleh pindah turun myhealth dari Play Store bagi telefon bimbit yang menggunakan android.

 

Contoh Produk Shaklee  telah berdaftar dengan KKM. Boleh disemak secara online klik sini.

 

Pilihan Produk Kesihatan Anda

shaklee berdaftar dengan kkm

 

 

 

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

 

Bila Sakit Makan Panadol, Andakah Orangnya?

Assalamualaikum wbt

 

Maaf! Ini bukan untuk anda yang tidak mahu sihat! Teruskan membaca jika anda sanggup invest wang demi kesihatan diri dan keluarga..

Semua orang inginkan kesihatan yang baik, kalau sakit mesti pergi hospital atau klinik untuk dapatkan ubat. Atau kalau demam mesti jalan penyelesaiannya makan PANADOL, sebab makan panadol adalah cara paling cepat dan pantas. Ada yang berkesan selepas makan panadol tetapi ada juga tidak. Kandungan di dalam panadol ada kita tahu dan kaji? Ada yang tahu dan ada yang tak tahu..tidak mengapa.

 

makan panadol

Makan panadol? – Tidak lagi

 

 

Bukan ini yang saya nak  kongsikan, tetapi apa yang menyebabkan anda memilih sesuatu produk itu. Adakah kerana keberkesanan-nyakah? Kerana pilnya yang cantik dan comelkah? Kerana murahkah? Kerana produk itu glamour-kah? Atau macam-macam lagi..

 

 

Faktor Mengapa Shaklee Sebagai Produk Kesihatan – Bukan Makan Panadol

 

  • Keberkesanannya dan kandungan bahan yang disahkan semulajadi. Sebab vitamin sememangnya tubuh kita perlukan pun setiap hari
  • Ramai yang perlukan vitamin apabila mula sedar akan kepentingan mengamalkan suplemen. Kalau tidak tahu kepentingan amalkan suplemen pun mungkin anda hanya fokus pada produk yang bebas dari bahan kimia. Kalau bebas bahan kimia sudah tentu ia selamat..orang ramai mesti pilih yang selamat
  • Bila kita tahu pentingnya amalkan suplemen setiap hari mestilah ada rasa nak jadi ahli kerana boleh dapat dengan harga murah untuk setiap kali pembelian kerana lebih untung
  • Ada orang yang ambil sesuatu produk kesihatan kerana ada masalah kesihatan. Yang lebih BIJAK sikit, terlebih dulu buat kajian antara produk-produk lain juga. Lepas itu bila sudah dikaji rupanya produk Shaklee produk yang sudah lama di pasaran. Siap dengan sijil halal, lulus kkm serta banyak research dilakukan.
  • Ada yang minat nak ambil produk suplemen kerana branding, famous, berkesan, selamat, berkualiti dan semulajadi tiada bahan kimia. Betul ke? Sudah tentukan..
  • Mula-mula ambil suplemen untuk sihat diri sendiri. Kemudian rekemen pada mak ayah pula, lepas tu adik beradik dan terus merebak ke sedara mara. Dah tentu kita rasa suka bila tengok orang lain semua sentiasa nampak sihat saja
  • Yang betul-betul jadi ahli pun sebab inginkan harga murah. Potongannya 15%-20% untuk setiap produk. Berbaloi-baloi..

 

Shaklee produk

Shaklee Produk – Selamat Berkesan Semulajadi

 

AWAS!! Makan Panadol? Katakan tidak!

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya.. :)

Setiap Pembelian Mendapat Konsultasi PERCUMA!

 

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

5 Perbezaan Vitamin Sintetik Vs Vitamin Semulajadi

Assalamualaikum wbt

Shaklee adalah Vitamin semulajadi. Ramai yang bertanya pada saya samada Shaklee selamat diambil dan tanpa kesan sampingan..jawapan saya sangat mudah..Ya Shaklee adalah Vitamin Semulajadi dan ia selamat diambil dan tiada kesan sampingan..mengapa saya katakan begitu..mari kita baca 5 Perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi..

 

vitamin sintetik vs vitamin semulajadi

vitamin sintetik vs vitamin semulajadi

5 Perbezaan Vitamin Sintetik Vs Vitamin Semulajadi

 

Penghasilan

Vitamin Semulajadi : dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin Sintetik : dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

 

Keserasian dengan badan

Vitamin Semulajadi : dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin Sintetik : walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

 

Harga

Vitamin Semulajadi : tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin Sintetik : biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

 

Kesan kepada tubuh badan

Vitamin Semulajadi : mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin Sintetik : oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

 

Kesan jangka masa panjang

Vitamin Semulajadi : tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin Sintetik : mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

 

Pilihan ditangan anda..jika saya sudah tentulah pilih yang semulajadi dan Shaklee adalah pilihan yang tepat..Anda pula bagaimana..Tepuk dada tanyalah selera..

 

 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya.. :) Konsultasi PERCUMA!

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

Mencegah Dan Merawat Batu Karang Dengan Mudah

Kaedah Cara Selamat Membuang Batu karang Tanpa Pembedahan

Batu karang mungkin tidak menjadi perhatian kepada semua orang tetapi boleh membawa kepada kanser. Kita semua mempunyai masalah batu karang (besar atau kecil, banyak atau sedikit).

 

Batu Karang

Batu Karang

 

 

Terdapat banyak masalah-masalah lain yang membawa kepada kanser. Dari beberapa bahan bacaan yang menyatakan bahawa orang-orang mengidap kanser biasanya mempunyai batu-batu ditubuh badan mereka.

Salah satu gejala atau simptom batu karang adalah rasa sebu atau kembung perut selepas makan makanan berat seolah-olah anda tidak boleh mencerna makanan. Jika ia menjadi lebih serius, anda merasa sakit di kawasan hati.

Dehidrasi akibat pengurangan pengambilan minuman dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang.

 

Merawat Batu Karang Dengan Jus Epal Dalam 6 Hari

Rawatan semula jadi dengan meminum jus epal baik untuk mereka yang mempunyai masalah hati yang lemah. Hati dan pundi hempedu adalah berkait rapat.

 

  • Minum 1 gelas (250ml) 100% jus epal 4 kali sehari selama 5 hari. 1 gelas diminum waktu sarapan, 1 gelas diambil waktu makan tengah hari, 1 gelas diambil pada makan malam dan 1 gelas lagi sebelum tidur. Ia melembutkan batu karang. Makan seperti biasa.

 

  • Pada hari ke-6, skip makan malam. Pada pukul 6 petang, ambil satu sudu teh garam Epsom (magnesium sulfat) dengan segelas air suam. Pada pukul 8 malam, ulang lagi perkara yang sama untuk tujuan penyingkiran. Ia membantu untuk mengepam keluar semua barangan yang berbentuk pepejal dalam tubuh badan. Ia juga membuka saluran pundi hempedu. Pada pukul 10 malam, minum setengah gelas minyak zaitun dicampur dengan setengah gelas jus lemon. Minyak melincirkan batu untuk meringankan laluan mereka. Jus lemon membantu untuk mengambil batu-batu dari saluran pundi hempedu.

 

Tips Meningkatkan Tahap Kesihatan Pengidap Batu Karang

 

  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang.
  • Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

 

Cara Merawat Batu Karang Dengan Set Batu Karang Shaklee

Jika anda mempunyai masalah batu karang, anda juga boleh mencuba set vitamin Shaklee. Vitamin Shaklee adalah dari bahan semulajadi serta HALAL jadi tiada keraguan untuk mengambil atau mengamalkan set vitamin dari Shaklee. Ini adalah set cadangan dari Shaklee yang mungkin membantu anda.

Set Batu Karang Shaklee

Set Batu Karang Shaklee

 

Fungsi Shaklee Dalam Membantu Masalah Batu Karang

B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang

Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid

OsteMatrix – mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang

Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi dan inflamasi

Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

Lecithin – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

 

Cara Untuk Order Set Batu Karang Shaklee

Harga set ini hanya RM387.50 dan ia mampu bertahan sehingga 2 bulan hingga 4 bulan pengambilannya.

B-Complex – 120 biji

Vita-C – 180 biji

OsteMatrix – 120 biji

Alfalfa Complex – 330 biji

Carotomax – 30 biji

Lecithin – 180 biji

 

Untuk dapatkan Set Batu Karang Shaklee, anda boleh hubungi saya seperti nombor tertera dibawah. Anda mampu mengubahnya! :)

 

 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya.. :) Konsultasi PERCUMA!

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

 

Tips Untuk Wanita Apabila Dalam Situasi Bahaya

 

Apabila Wanita Berhadapan Satu Situasi

.

SITUASI 1
Seorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.  Dia seorang diri, tiba-tiba ada seorang lelaki tak dikenali nak naik sama. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

.

Hadapi setiap situasi

Hadapi setiap situasi dengan yakin pada Allah

.

SITUASI 2
Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan masa itu perempuan itu seorang saja di rumah. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan serta pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

.

SITUASI 3
Sedang jalan-jalan di satu laluan tiba-tiba rasa macam ada seseorang lelaki dari arah belakang. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! Ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus. Ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, “Apa yang kau nak?!” dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

.

SITUASI 4
Katakanlah anda baru sampai dari KL ke JB. Waktu itu sudah malam. Call boyfriend tidak angkat, family tiada kereta nak ambil. Jadi, terpaksalah naik teksi. Tengok muka driver teksi tu semacam saja. Teksi lain sudah tiada. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

.

SITUASI 5
Oklah. Sudah ambil no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. Buat-buat call family pun sudah. Tetapi driver teksi tu buat hal jugak! Dia tukar direction ke arah lain. Nak masuk jalan hutan kot! Apa nak buat? Takut dah ni.

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat, dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

.

Pengajaran

Sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. Dan paling penting… DOA dan TAWAKAL berserah pada ALLAH

Sebarkan dan Share pada wanita yang anda sayangi.. :)

.

.

Credit to my sister

.

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

Tips Menghilangkan Penyakit Jiwa Di Media Sosial

Tips Menghilangkan Penyakit Jiwa Di Media Sosial

Media sosial terutama FaceBook adalah seumpama medan perang yang sangat bahaya. Dalam FaceBook  ini macam-macam orang boleh tulis, boleh update, boleh taip, boleh quote sesiapa, boleh letak gambar sesiapa, boleh buat apa sahaja. Amat-amat bahaya bagi mereka yang mudah diserang penyakit panik lalu terus percaya bulat-bulat dengan apa yang dibaca, atau mudah ‘terasa’ atau ‘sentap’ dan masuk dalam hati. Mungkin ada di kalangan kita.

 

media sosial

Media Sosial

 

Mula-mula sekali, RELAKS. This is FaceBook, anyone can be anything. Sesiapa pun boleh buka akaun seperti ‘Barrack Obama’ apa lagi akaun ‘Al Fadhil Ustaz Abu As-Serbani Al-Kelantani A-Petani’ atau akaun ‘Doktor Yang Paling Bijak di Dunia’…. Sesiapa pun boleh buat. Kita-kita pun boleh buat sekarang. Maksudnya di sini – dont believe everything you read on facebook. Jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca di FaceBook.

 

Apa Perlu Buat Dengan Media Sosial FB ?

  • BERHENTI SKROLL NEWSFEED

Kalau ingin baca update kawan, taip sahaja nama mereka. Ingin baca update ilmu dari mana-mana page, taip sahaja. Ingin skroll, skroll sahaja page bermanfaat atau group berfaedah. Makin banyak skroll, makin banyak jumpa benda-benda merapu, lagi-lagi kalau ramai di kalangan kawan-kawan FB itu jenis yang suka-suka hati main share saja. Jadi, senang sahaja kan? STOP.

 

  • HIDE PROFIL/PAGE YANG SELALU BAGI UNSUR NEGATIF

Jelmakan yang diperlukan sahaja kalau rasa perlu sangat nak kena juga tengok newsfeed.

 

  • BACA DAN EDIT POST SENDIRI

Boleh jadi muhasabah juga. Cuba buka post bulan lepas-lepas, mungkin ada ayat atau gambar yang tidak patut berada di situ.

 

  • OFF NOTIFICATION

Lagi satu off notification untuk profile yang tidak berapa penting dan penuh dengan aura negatif dengan kita. Hidup akan lebih aman dengan tidak tahu apa-apa dari tahu buat-buat tidak tahu. Haha.. (lebih mulia dari unfriend.. yeke?) Tettt…

 

Mangsa Media Sosial

Ketahuilah, sangat tidak berbaloi apabila kita terpaksa tanggung sakit jiwa seorang diri. Sedangkan pihak yang lagi satu hidup bahagia dengan menyebarkan sesuatu isu yang tidak benar di media sosial. Tak patut.. Tak patut..

Kita-kita ini bukanlah orang yang begitu kan.. :)

 

Credit to PM Lyna

 

 

 

Kebaikkan Minum Air Limau Panas

Faedah Minum Air Limau Panas

Mulakan hari anda dengan satu cawan air suam dan jus limau yang dicampur dan dinamakan air limau panas.  Kerana ia begitu mudah untuk disediakan dan mempunyai kebaikkan yang banyak untuk diabaikan.

 

air limau panas

Air limau panas

 

Kebaikkan Minum Air Limau Panas

Diantara kebaikkan minum air limau panas ialah:

  • Meningkatkan sistem imunisasi badan anda – Kerana limau adalah buah yang tinggi kandungan Vitamin C dan kalium. Vitamin C penting untuk elak daripada selsema dan kalium merangsang otak & fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah.

 

  • Keseimbangan pH – Percaya atau tidak limau adalah makanan yang sangat beralkali. Sifat limau memang berasid, tetapi di dalam badan kita limau menjadi beralkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan setelah dimetabolismekan). Seperti yang anda tahu kesihatan baik berpunca dari sebuah badan yang beralkali, ia adalah kunci kepada kesihatan yang baik.

 

  • Membantu untuk  penurunan berat badan – Limau mempunyai serat pektin yang tinggi dapat membantu melawan nafsu lapar. Ia juga telah menunjukkan bahawa orang-orang yang mengekalkan diet yang lebih alkali kehilangan berat badan lebih cepat.

 

  • Memelihara sistem pencernaan – Air suam berfungsi untuk merangsang saluran usus dan pengecutan otot dalam dinding usus dan menjaga keseluruhan yang ada di dalam usus. Lemon atau limau juga tinggi dengan mineral dan vitamin dan bantu membuang toksin dalam saluran penghadaman.

 

  • Bertindak sebagai penyingkiran toksin – Jus limau atau lemon membantu mengepam keluar bahan-bahan yang tidak diingini kerana limau meningkatkan kadar pembuangan air kecil dalam badan. Toksin yang dikeluarkan pada kadar yang lebih cepat dan membantu menjaga saluran kencing terus kekal sihat.

 

  • Memutihkan kulit – Vitamin C membantu penurunan kedutan pada kulit. Limau sebagai agen pembersihan toksin dalam darah dimana ia membantu mengekalkan kulit yang sihat.

 

Memilih Cinch Tea Shaklee Sebagai Minuman Bertenaga

Cinch Tea adalah adunan utaman dari Teh Putih, Merah dan Hijau yang sedap dan kualitinya dijaga. Teh eksotik putih, merah dan hijau dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. Selain itu ia sangat digemari oleh mereka yang ingin turunkan berat badan berlebihan.

 

Cinch Tea minuman bertenaga

Cinch Tea minuman bertenaga

 

Kelebihan Cinch Tea

  • Selamat dan beri peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk
  • Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik
  • Memberi peningkatan tenaga segera
  • Bungkusan yang mudah bagi setiap satu hidangan
  • Ia tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan
  • Halal diminum
  • Terdapat 28 paket x 1.7 gram
  • Berharga RM131

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya.. :) Konsultasi PERCUMA!

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

 

Bolehkah Anak Kecil Ambil Ubat Batuk Dan Selsema?

 

Bolehkah Anak Kecil Ambil Ubat Batuk Dan Selsema?

Bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun ke bawah adalah tidak digalakkan untuk diberi ubat batuk dan selsema. Untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan, tindakbalas batuk adalah salah satu caranya. Batuk dan selsema yang ringan kebiasaannya akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Walau bagaimanapun rawatan dan nasihat doktor juga diperlukan.

ubat batuk dan selsema

Ubat batuk dan selsema

 

 

Rawatan Semula Jadi Yang Disyorkan Untuk Batuk Dan Selsema (2 tahun ke bawah)

  • Titiskan hidung anak anda dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang mudah didapati di kedai farmasi. Air garam Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia mampu mengurangkan gejala hidung tersumbat. Hanya titiskan mengikuti keperluan sahaja, biasa sebelum penyusuan.
  • Teh limau madu yang suam boleh menyembuhkan batuk dan selsema kerana madu boleh mengurangkan batuk dan dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, teh limau madu ini tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun  kerana dikhuatiri mungkin mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Jangkitan ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa kerana mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
  • Pengambilan cecair yang lebih contohnya seperti susu ibu, air suam, atau sup ayam mampu mengurangkan batuk dan selsema. Tetapi jangan diberikan minuman berkarbonat sebab ianya boleh menyebabkan sakit atau gatal tekak.
  • Rehat yang secukupnya sudah semestinya. Walaubagaimana pun, ubat masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doctor anda.

 

batuk dan selsema

Batuk dan selsema

 

 

Kanak-kanak Sihat Dan Ceria Dengan Cara Cepat Dan Mudah

Sudah semestinya ibu-ibu di luar sana masih lagi tercari-cari apakah cara lain lagi yang paling cepat dan mudah untuk mengelak atau mencegah anak-anak dari jangkitan demam, batuk dan selsema. Sekiranya anda tercari-cari suplemen (makanan tambahan) semula jadi yang boleh memberi kesihatan yang baik dan boleh mencegah anak anda, anda boleh mencuba Set Kanak-kanak Shaklee.

Shaklee ada menyediakan set khas untuk kanak-kanak juga, tetapi untuk makluman set ini hanya untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun keatas sahaja. Set ini terdiri daripada Meal Shake dan Omega Guard. Ini adalah diantara set yang diminati oleh ibu-ibu di luar sana kerana ia memberi kesan yang positif.

 

Meal Shakes

  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
  • Kaya dengan sumber kalsium dan protein
  • Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
  • Pilihan protein soya terbaik anda

Omega Guard

  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bakteria dalam badan
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega(minyak ikan) sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan

Chewable Vita-C

  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi dalam badan
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan juga keseluruhan dalam badan
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

 

set kanak-kanak

Set Kanak-kanak Shaklee

 

 

Cara Untuk Order Set Kanak-kanak Shaklee

Harga set ini hanya semurah RM287.25 dan ia mampu bertahan sehingga 3 bulan.

Ibu-ibu boleh mencegah batuk dan selsema anak-anak dengan cara paling selamat, mudah dan cepat. Untuk dapatkan Set Kanak-kanak Shaklee, anda boleh hubungi saya seperti nombor tertera dibawah.

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya.. :)

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

 

Menghilangkan Sakit Senggugut Dengan Cepat Dan Mudah

Cara Menghilangkan Sakit Senggugut Dengan Cepat

Wanita dengan penyakit senggugut memang tidak boleh dipisahkan. Lebih kurang 50% wanita yang mengalami haid akan mengalami sakit senggugut dan ada yang terselamat dari sakit senggugut juga. Selain dikenali sebagai senggugut di dalam bahasa melayu ia juga dikenali sebagai period pain di dalam bahasa inggerisnya.

 

Menghilangkan Sakit Senggugut

Tidak Selesa

 

Memang biasanya bagi wanita-wanita diluar sana jika mengalami senggugut teruk akan gunakan cara paling basic atau cara paling cepat untuk menghilangkan sakit senggugut. Diantaranya:

  • Tuam dengan air panas diperut (ada yang seterika perut tetapi pastikan lapik kain)
  • Minum susu panas
  • Minum air suam
  • Sapu dengan minyak angin pada perut dan pinggang
  • Makan makanan yang berkuah dan panas
  • Mandi dengan air panas
  • Makan beberapa biji panadol (cara ini paling-paling sempoi)

 

Bagaimana Senggugut Boleh Terjadi?

Senggugut terjadi disebabkan apabila telur yang dibebaskan oleh ovari tidak disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan dibuang oleh rahim. Sebagai mana yang kita tahu, ketika haid dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persediaan untuk hamil tetapi disebabkan telur tidak disenyawakan oleh sperma maka telur dibuang dan tidak melekat pada dinding rahim.

Semasa proses pembuangan telur inilah, rahim akan mengecut dan seterusnya salur darah di sekitar rahim akan mengecut untuk membuang telur tersebut. Dalam proses pengecutan ini yang membuatkan sesetengah wanita berasa sangat sakit sehingga ada yang terpaksa ambil cuti kerana tak tahan dengan sakit senggugut.

 

Cara Menghilangkan Sakit Senggugut Dengan Cepat Dan Mudah

Sudah semestinya wanita di luar sana masih lagi tercari-cari apakah cara lain lagi yang paling mudah untuk menghilangkan sakit senggugut setiap bulan. Sekiranya anda tercari-cari suplemen (makanan tambahan) yang boleh memberi kesihatan yang baik dan membantu menghilangkan sakit senggugut anda, anda boleh mencuba Set Hilangkan Senggugut Shaklee.

Shaklee ada menyediakan khas untuk wanita yang mengalami senggugut tanpa mengambil panadol iaitu Set Hilangkan Senggugut. Set ini terdiri daripada GLA Complex dan Ostematrix. Ini adalah diantara set penggemar wanita di luar sana kerana ia memberi kesan yang positif.

 

Menghilangkan Sakit Senggugut

Set Hilangkan Senggugut – Penyelamat Anda!

 

GLA Complex

Wanita yang mengalami sakit senggugut kerana kekurangan linoleic acid dalam tubuh badan mereka. Linoleic acid ini berfungsi untuk membantu mengurangkan radang yang berlaku semasa proses pengecutan rahim ketika haid.

 

Ostematrix

Otot di dalam rahim akan mengecut semasa haid untuk membuang telur yang tidak disenyawakan. Jadi jika anda kurang kalsium dalam tubuh, anda akan lebih mudah mengalami senggugut semasa haid. Ostematrix ini adalah kalsium, jadi ia membekalkan kalsium untuk membantu pengecutan rahim tanpa anda berasa sakit senggugut lagi.

 

 

Apa Kata Mereka Yang Mengamalkan Set Senggugut Ini?

Testimoni GLA Complex Shaklee

Testimoni GLA Complex Shaklee

 

menghilangkan sakit senggugut - testimoni

Sakit senggugut TIADA lagi!

 

 

Video ini saya nak sharing dengan anda, bagaimana pengalaman tentang kisahnya yang mengalami SENGGUGUT dan hilang dengan mudah! Jom tonton hanya klik button play.. :)

 

 

 

 

Cara Untuk Order Set Hilangkan Senggugut Shaklee

Harga set ini hanya semurah RM162.25 dan ia mampu bertahan sehingga 2 bulan. Ostematrix mengandungi 120 biji dan GLA Complex pula mengandungi 6o biji soft gel.

Kali ini anda mampu untuk menghilangkan sakit senggugut anda dengan cara paling selamat, mudah dan cepat. Untuk dapatkan Set Hilangkan Senggugut Shaklee, anda boleh hubungi saya seperti no tertera dibawah.

Dapatkan sekarang, jangan biarkan sakit senggugut anda berterusan dan mengganggu anda. Anda mampu mengubahnya!

 

 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya.. :)

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com