Diserang Demam Denggi Kali Kedua Sangat Berbahaya? Kenapa?

Assalamualaikum..

Sekarang ni musim denggi, baru-baru ni di kawasan taman perumahan tempat saya tinggal ada kes kematian disebabkan demam denggi. Nyamuk seekor pun boleh jadi punca kematian seseorangkan? Jadi, jangan kita pandang ringan hanya kerana nyamuk serangga kecil.

Demam denggi mesti dicegah

Demam denggi mesti dicegah

 

Di kawasan perumahan saya ini sejak kes kematian disebabkan demam denggi, tak putus-putus selalu kene sembur oleh Kementerian Kesihatan. Ada satu hari kami seluruh taman diarahkan untuk bergotong royong untuk membersihkan kawasan luar dan dalam rumah masing-masing. Continue reading

Tuan Guru Hj Nik Aziz Pergi Tak Kembali, Dia Tiada Pengganti

Tuan Guru Hj Nik Aziz Pergi Tak Kembali, Dia Tiada Pengganti

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua..

Hari ini kalau tengok di newsfeed FB tak ada benda lain yang keluar (Newsfeed saya lah, korang punya saya tak tahu, ingat, kita punya Newsfeed akan ikut kecenderungan kita), segalanya tentang Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.

Saya pun tak lepaskan peluang mengikuti siaran langsung persemadian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz di TV1 tadi.

Harini hampir semua stesen radio dan TV mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

 

Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz

 

Pesanan Tuan Guru Nik Aziz

Mari kita selak kembali pesanan Rasulullah SAW.  Perbanyakkanlah kamu mengingatkan perkara yang memutuskan kelazatan, iaitu kematian. Orang yang paling cerdik dikalangan manusia ialah orang yang banyak ingat mati. Continue reading

Kelebihan Ratib Al Attas Kepada Si Pengamal

Alhamdulillah, syukur kita kepada yang Maha Esa dengan pemberian RahmatNya yang tidak terhingga. Saya rasa gembira nak kongsikan tentang apa kelebihan Ratib Al Attas ini kepada semua pembaca sebabnya hanya si pengamal sahaja yang tahu dan dapat rasa. Hehe…anda boleh cuba 1 bulan secara istiqamah dan rasakan auranya.. :)

Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Azizan Osman sebab perkenalkan kepada saya dan ajar saya apa itu Ratib Al Attas serta kelebihan Ratib Al Attas ini. Terima kasih juga kepada adik Anas yang masih belajar di Kolej Islam di Gombak kerana kongsikan sedikit sebanyak info tentang Ratib Al-Attas ini.

kelebihan ratib al attas - buku

Buku kelebihan Ratib Al Attas – buku kesukaan saya

Continue reading

Kempen Drug Free! Perbezaan Ubat Dan Suplemen

Apakah Kempen Drug Free? Apa Perbezaan Ubat Dan Suplemen?

Pertama sekali, kita kena FAHAM, apa perbezaan ubat dan suplemen? Saya ambil contoh suplemen paling best tentulah Shaklee. Kenapa Shaklee? Sebab sudah hampir 3 tahun saya ambil Shaklee kesannya saya tidak ambil ubat lagi contohnya macam PANADOL, anak-anak ambil Shaklee, suami pun.

Kempen Drug Free, Perbezaan Ubat Dan Suplemen

Kempen Drug Free, Perbezaan Ubat Dan Suplemen

Continue reading

10 Jenis Buah-buahan Untuk Anti Penuaan

Assalamualaikum wbt

Perkara yang anda boleh lakukan untuk menjaga diri menjadi sihat dan muda untuk seberapa lama yang boleh ialah dengan buah-buahan segar. Buah-buahan tertentu yang mengandungi antioksida yang tinggi boleh menjadikan kulit anda muda sebagai anti penuaan.

10 jenis buah-buahan untuk anti penuaan ini dapat mengurangkan kedut, perubahan warna dan tanda-tanda penuaan kulit, dan membuat diri anda anti-penuaan.

buah anti penuaan

buah anti penuaan

Continue reading

Rahsia Anuar Zain Kelihatan Muda

Assalamualikum wbt

Anuar Zain penyanyi berusia 40-an yang berwajah tampan, sudah tentu ramai peminatnya. Ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana Anuar Zain menjaga kulit wajahnya sentiasa kelihatan muda walaupun usianya sudah mencecah 40-an.

Anuar Zain kekal muda, kelihatan muda

Anuar Zain kekal muda, kelihatan muda

Beliau bukan sahaja kelihatan muda tetapi juga seorang yang soft spoken, sangat menjaga keperibadian dan tugur kata. Budi bahasa yang tinggi itu membuatkan beliau disukai ramai. Continue reading

24 Kelebihan Pisang Untuk Kesihatan Dan Diet

Assalamualaikum wbt

Jika anda berfikir pisang hanya untuk monyet, berfikir sekali lagi..banyak kelebihan pisang ok.

  1. Pisang membantu mengatasi kemurungan, boleh tukar kepada mood yang lebih bagus.
  2. Makan dua biji pisang sebelum senaman dapat mengekalkan gula dalam darah anda.
  3. Kelebihan pisang dapat melindungi daripada kekejangan otot semasa kejang kaki waktu malam dan latihan dapat diatasi dengan memakan pisang.
  4. Melawas semasa membuang air kecil dan kehilangan kalsium. Membina tulang yang kuat.
  5. Memperbaiki mood dan mengurangkan gejala-gejala PMS dengan memakan pisang. Dapat mengawal gula dalam darah dan menghasilkan melegakan tekanan.
  6. Pisang mengurangkan bengkak, melindungi daripada penyakit kencing manis, dapat hilangkan berat badan juga. Menguatkan sistem saraf dan membantu pengeluaran sel-sel darah putih. Semua disebabkan pisang tinggi dengan vitamin B-6.
  7. Menguatkan darah dan melegakan anemia.
  8. Tinggi dalam kalium dan rendah garam, pisang secara rasmi diiktiraf oleh FDA. Dipercayai boleh menurunkan tekanan darah dan melindungi daripada serangan jantung dan strok.

 

Macam-macam kelebihan pisang

Macam-macam kelebihan pisang

Kelebihan Pisang Untuk Penghadaman

  1. Kaya dengan pektin, membantu penghadaman dan dapat buang toksin dari badan.
  2. Pisang bertindak sebagai prebiotik, merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Juga dapat menghasilkan enzim pencernaan untuk membantu menyerap nutrien.
  3. Serat yang tinggi dalam pisang dapat mengelakkan sembelit.
  4. Pisang menenangkan saluran penghadaman dan membantu memulihkan kehilangan elektrolit selepas cirit-birit.
  5. Pisang adalah anti-asid semulajadi, memberikan kelegaan daripada refluks asid dan pedih ulu hati. 
kelebihan pisang

kelebihan pisang adalah tinggi dengan antioksidan

 

Kelebihan Pisang Menyembuh Secara Semulajadi

  1. Makan pisang akan membantu mencegah kanser buah pinggang. Melindungi mata terhadap degenerasi makula yang membina tulang kuat dan penyerapan kalsium.
  2. Pisang membuat anda lebih bijak dan membantu pembelajaran dengan menjadikan anda lebih peka. Makan pisang sebelum peperiksaan untuk mendapat manfaat daripada tahap yang tinggi kalium.
  3. Kelebihan pisang adalah tinggi dengan antioksidan, memberi perlindungan daripada radikal bebas dan penyakit kronik.
  4. Makan pisang antara makanan yang dapat membantu menstabilkan gula dalam darah dan mengurangkan loya daripada demam pagi.
  5. Gosok gigitan pepijat atau gatal-gatal dengan bahagian dalam kulit pisang untuk melegakan gatal-gatal dan kerengsaan.
  6. Mengawal gula dalam dara dengan memakan pisang.
  7. Makan pisang boleh menurunkan suhu badan dan menyejukkan anda semasa demam atau pada hari yang panas.
  8. Sebagai penambah-Asli tryptophan, membantu melegakan Disorder Seasonal Affective (SAD).
  9. Berhenti merokok? Pisang mengandungi tahap vitamin B dan kalium dan magnesium untuk mempercepatkan pemulihan untuk berhenti merokok.
  10. Buang ketuat dengan meletakkan bahagian dalam sekeping kulit pisang pada ketuat.
  11. Gosok menggunakan bahagian dalam kulit pisang pada kasut kulit anda atau beg tangan dan gilap dengan kain kering untuk nampak bersinar dengan cepat.

 

 

Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)

FB fanpage: Vitamin4u

Email: ayusabrina@gmail.com

 

Kemas Rumah Dengan Pantas Dan Mudah

Assalmualaikum wbt

Mengejar cabaran blog 30hari, saya sudah tertinggal banyak entry. Ok cabaran kali ini adalah tentang kemas rumah. Kami suami isteri bekerja dan ada dua orang anak yang sangat sihat dan aktif. Rumah sentiasa kelihatan sana sini mainan bersepah, makanan biskut berciciran di lantai walaupun kami terpaksa bersihkan setiap hari. Itu sudah perkara biasa bagi ibu ayah diluar sana apabila ada anak kecil. Macam mana nak buat jika ada tetamu datang secara tiba-tiba? Mesti huru-hara nak mengemas..haha jangan tipu.. :)

 

rumah bersepah

Rumah bersepah – (gambar hiasa sahaja)

 

Tips Kemas Rumah Dengan Pantas Dan Mudah

Apabila rumah bersepah macam dilanggar geruda merong mahawangsa, ibu ayah jangan susah hati jika ada benda ini dirumah. Continue reading