Wow! Cantiknya Si Dia. Oh! Tetapi Bau Mulut Busuk..

 

Bau Mulut

 

Bau Mulut

Bau Mulut

Wow! Cantiknya Si Dia. Oh! Tetapi BerBau Mulutnya..

Wahai kaum hawa dan adam, jangan menganggap remeh soal bau dan kesihatan di dalam mulut. Ini kerana, bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan seharian kita. Bau mulut juga boleh membuat seseorang menjadi tidak percaya pada diri dan menghalang dirinya untuk bergaul dengan masyarakat. Lebih-lebih lagi jika masalah bau mulut dialami oleh kaum wanita. Bau mulut boleh terjadi berdasarkan apa yang anda makan.

Dengan hanya mengambil gula dan tepung, bacteria akan berkumpul pada plak gigi. Lokasi di mana adanya sisa-sisa makanan yang menjadi punca gigi berbau. Tetapi janganlah merasa bimbang kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bau mulut boleh diatasi dengan cara memilih makanan yang dapat membantu untuk mengurangkan bau mulut.

 

Cara mengatasi mulut berbau:-

  • Mengunyah epal atau lobak pada setiap hari akan membuat nafas anda menjadi terasa lebih segar dan harum.
  • Dengan meminum teh hijau atau yang bercampur dengan bahan lain sebenarnya dapat membantu juga. Teh hijau mengandungi catechin yang mampu membunuh bacteria dimulut, menghilangkan gula dari plak dan menghilangkan bacteria penyebab bau mulut.
  • Keju juga sebenarnya mampu melindungi enamel gigi dan menghasilkan air liur atau saliva serta membunuh bacteria penyebab plak gigi dan juga penyakit gusi.
  • Penggunaan air putih adalah cara terbaik untuk merangsang saliva (air liur). Berkumur dapat membantu mengeluarkan kotoran yang ada di celah gigi dan penyebab bau mulut. Jadi, anda digalakkan untuk tidak lupa minum 8 gelas air putih setiap hari.

 

Mari mulakan penjagaan kesihatan mulut anda. Dengan cara menggosok gigi adalah salah satu daripadanya. Hal ini nampak remeh tetapi ia sangat penting. Perkara ini jangan lupa dilakukan minima 2 kali sehari selepas makan. Kekal sihat dan positif.

 

Rajin Jaga Kebersihan Gigi

Rajin Jaga Kebersihan Gigi

 

Ingin saya kongsikan sedikit tips untuk atasi mulut berbau:

  1. Sirih – Air rebusan sirih yang telah disejukkan untuk dikumur-kumur selepas menggosok gigi.
  2. Menghisap Kulit Kayu Manis – mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.
  3. Bunga Lawang – dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.
  4. Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi – direbus, disejukkan dan dikumur-kumur.
  5. Cengkihdirebus atau ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Digunakan untuk berkumur juga.

 

Menghadapi masalah mulut atau nafas berbau memang membuatkan anda berasa malu untuk bercakap dengan orang lain. Cubalah anda amalkan mana-mana petua tradisional mudah di atas, InsyaAllah dapat mengatasi masalah bau mulut dan nafas anda dengan berkesan.

Saya ingin kongsikan juga sedikit sahaja trik untuk cantik segera. Trik-trik itu adalah seperti dibwaha ini..

 

Trik untuk cantik segera

1. Hindari mata penat – Lingkaran hitam di bahagian mata setelah penat bekerja membuat penampilan tidak maksima pada malam hari. Cara yang praktikal ialah dengan tekap mata dengan uncang teh yang sudah disejukkan selama lebih kurang 15minit sebelum menyolekkan kembali mata.

Tip: Rehatkan mata dengan melekapkan uncang teh, dan jika boleh pilih yang mengandungi chamomile supaya kulit sekitar mata lebih segar dan nampak lebih sihat.

 

2. Beri Menggoda – Pancarkan daya tarik sensual dengan warna bibir menyerupai warna beri. Dijamin penampilan anda bakal mencuri perhatian.

Tip: Sebelum menukar warna gincu untuk makan malam, pastikan kondisi bibir benar-benar bersih dan kelembapannya terpelihara. Jangan lupa gunakan salap bibir untuk mengelakkan bibir daripada pecah-pecah dan kering.

 

3. Aroma Memikat – Pilih pewangi yang memiliki bau aroma yang segar sekali gus member kesan feminine seperti aroma bunga mawar, lemon atau sebagainya. Selain serasi untuk menemani suasana majlis malam hari juga sesuai untuk disemburkan pada waktu siang hari kerana baunya yang tidak terlalu menyegat.

Tip: gunakan pewangi sekadar perlu dengan menyemburkan sedikit di bahagian belahan dada, belakang telinga dan pergelangan tangan. Dan diulang sembur ketika mahu ke majlis makan malam pula. Agar lebih praktikal, pilih pewangi yang berukuran kecil dan mudah untuk dibawa.

 

 

FB: Rahayu Abd Ghapal
Kedai Shaklee saya: Vitamin4u
email: ayusabrina@gmail.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge