9 Tips Mudah Bersalin Normal, Terutamanya Anak Sulung

Setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dalam setiap kelahiran. Perasaan gemuruh setiap kali nak melahirkan baby itu dah semestinya, terutama sekali anak sulung.

Sakit ketika melahirkan itu dah semestinya, tapi macam mana cara atau tips untuk mudah bersalin. Tips atau petua mudah bersalin sebenarnya untuk mempercepatkan proses kelahiran dan untuk memendekkan rasa sakit ketika bersalin.

Tips mudah bersalin normal

Ada beberapa tips mudah bersalin secara normal yang saya sendiri juga amalkan suatu ketika dulu, ia memang membantu.. :)

 

9 Tips Mudah Bersalin Dan Ia Sangat Membantu

Tips #1: Urutan

  • Urutan dilakukan adalah untuk memudah proses kelahiran. Ia juga untuk mengelakkan risiko koyak dengan banyak ketika dalam proses meneran. Urutan boleh dilakukan ketika kandungan dalam 34 minggu sehingga waktu nak bersalin.
  • Urutan ini dimulakan dari bahagian dubur dan fajar dengan menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Jangan guna minyak sembarangan. Sebelum melakukan urutan dapatkan juga nasihat dari pakar.

 

Tips #2: Senaman

  • Memang dalam hati rasa malas nak buat senaman, tapi senaman adalah salah satu tips memudahkan untuk bersalin. Senaman yang dilakukan adalah untuk menjadikan otot vagina lebih anjal dan fleksibel ketika bersalin nanti.
  • Ibu-ibu juga digalakkan untuk kerap¬†berjalan dari banyak duduk dihujung trimester terakhir.

 

Tips #3: Pernafasan

  • Teknik pernafasan yang betul adalah sangat-sangat penting sewaktu nak bersalin. Sewaktu kehamilan ibu-ibu digalakkan pelajari teknik pernafasan yang betul supaya membantu ketika proses nak meneran dan menahan sakit.

 

Tips #4: Pastikan Tidur Yang Cukup

  • Pada minggu-minggu terakhir kehamilan dapatkan tidur yang cukup. Biasanya sukar untuk tidur kerana tak selesa dengan kandungan yang semakin membesar betul tak? Mengiring ke kanan tak kene, ke kiri tak kene. Macam kucing nak beranak, gelisah saja. Rupanya nak bersalin dah.. itu saya lah, ada saja yang tak kene.. :)

 

Tips #5: Keadaan Selesa Dan Tenang

  • Pastikan emosi dan mental dalam keadaan yang tenang, jangan tergopoh gapah. Jika emosi dan mental dalam keadaan tenang dapat mengelakkan dari mendapat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.

 

Tips #6: Teman Memberi Semangat

  • Dah semestinya isteri nak suami yang ada bersama-sama ketika proses nak bersalin, sebagai pemberi semangat. Tapi kalau suami pun takut darah, ada baiknya jangan jadi peneman. Kalau dia pengsan lagi susahkan doktor pula.. :)

 

Tips #7: Banyakkan Berjalan

  • Ibu yang menunggu masa nak bersalin¬†dinasihatkan untuk banyakkan berjalan dan kurangkan hanya baring saja dikatil. Ini kerana untuk¬†memastikan bayi “turun” pada saluran peranakan dan ini lagi memudahkan proses nak bersalin.

 

Tips #8: Posisi Baring

  • Dengan posisi baring mengiring ke kiri adalah membantu untuk bukaan serviks. Berbanding daripada baring telentang kerana ia memberi tekanan pada bayi untuk keluar.

 

Tips #9: Makanan Yang Memberi Tenaga

  • Pastikan dihujung kehamilan dapatkan makan secukupnya. Jika kurang selera dinasihatkan ambillah beberapa biji kurma sebagai pemberi tenaga nanti. Mengambil kurma ketika hampir nak bersalin adalah salah satu tips mudah bersalin normal yang ramai ibu-ibu amalkan termasuklah saya.. :)

 

Tips mudah bersalin

 

Saya juga nak kongsikan tips kekal bertenaga ketika berpantang. Waktu berpantang memang agak penat siang malam kene berjaga untuk nyusukan anak. Ada juga saya kongsikan bagaimana nak elak sembelit ketika berpantang dan tips banyakkan susu badan.. :)

 

 

 

 

 

Ayu_Rahayu

SMS / WhastApp : 013 205 0607

FB : Vitamin4u

Shaklee ID : 915071

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge