8 Jenis Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Anak, Elakkan!

 

Di waktu anak nak membesar mereka kerap kali terkena jangkitan selesema, batuk dan demam. Pernah kita sebagai ibubapa atau sesiapa pun memberi makanan yang tidak sihat untuk anak kita?

Punca kesihatan anak-anak terjejas salah satu faktornya adalah dari segi pemakanan. Tapi kita ni lemah bila anak merengek nak itu nak ini, kita sebagai ibu bapa turutkan saja kehendak anak-anak kan?

Jadi, suka saya nak kongsikan kepada anda di luar sana tentang beberapa jenis makanan yang tidak sihat diberi kepada anak.. :)

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _1

 

8 JENIS MAKANAN YANG TIDAK SIHAT

Terdapat 10 jenis makanan yang perlu ibubapa elakkan yang memang biasa diberi kepada kanak-kanak. Sama ada diberi di waktu sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam.

 

MAKANAN #1: DAGING PROSES SEGERA

Makan jenis ini memang cepat dan ringkas. Hanya keluar dari freezer dan masak. Tapi apa yang kita tidak sedar daging proses ini umpama span yang menyerap minyak, yang boleh menyebabkan mudah terkena sakit jantung dan kanser. Kesannya memang bukan sekarang tapi untuk jangka masa panjang.

Makanan tidak sihat ini mengandungi kuantiti gula yang tidak sesuai untuk diambil oleh seorang kanak-kanak. Selain itu, ia juga menggunakan bahan pengawet.

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _4

 

MAKANAN #2: KENTANG GORENG

Kentang goreng anak-anak memang suka dan mudah disediakan. Mungkin masih ada yang tidak tahu, kentang goreng mengandungi kalori dan lemak serta garam yang tinggi. Kesannya tak nampak sekarang tapi untuk jangka masa panjang, ia boleh jadi punca sakit jangtung dan obesiti.

Makanan yang tidak sihat ini kurang nutrisinya untuk diberi kepada anak-anak. Ada baiknya ibu-ibu buat kentang goreng sendiri dirumah untuk anak-anak.. :)

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _5

 

MAKANAN #3: PIZZA OH PIZZA

Pizza makanan yang tidak sihat paling cepat dan pantas disediakan. Biasanya di kawasan bandar, hanya dail dan siap dihantar depan rumah. Kenapa kawasan bandar je? Sebab biasanya ibubapa yang bekerja seharian memang tak sempat nak sediakan makanan untuk keluarga.

Cuma sayangnya ia bukanlah makanan yang sihat kerana pizza terkandung bahan pengawet, lemak dan kalori yang tinggi. Elakkan!

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _6

 

MAKANAN #4: MINUMAN BERGAS DAN MANIS

Anak-anak memang suka sangat minuman bergas dan manis. Di luar sana terdapat pelbagai jenis jenama minuman sebab warnanya yang menarik, rasanya yang sedap dan kadang-kadang botol minuman tu ada gambar kartun kegemaran. Betul tak? :)

Sememang ibubapa dah pun tahu minuman yang dijual diluar sana mengandungi tahap gula yang tinggi, tidak sesuai dengan anak-anak. Kesannya gigi akan cepat rosak dan diabetis. Ada baiknya ibu-ibu buat sendiri air jus dirumah untuk anak-anak.. :)

 

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _8

 

MAKANAN #5: BERSARAPAN PAGI DENGAN BIJIRAN

Bijiran segera tak asing lagi bagi anak-anak termasuk lah ibubapa. Ia makanan yang cepat, sedap, iklan bijiran yang menarik di kaca televisyen dan bungkusan kotak yang menarik buat si anak-anak tertarik nak makan.

Ia salah satu makanan yang tidak sihat di ambil kerana kuantiti gulanya yang tinggi, tidak sesuai di ambil oleh kanak-kanak. Biasanya fokus bijiran ini adalah kepada kanak-kanak sebab warna dan bentuk bijirannya yang menarik.. :)

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _9

 

MAKANAN #6: MAKANAN RINGAN

Snek atau makanan ringan sangat tidak digalakkan diambil oleh kanak-kanak. Ini kerana ia mengandungi bahan perasa tiruan, bahan pengawet, dan minyak yang di olah menjadi rasa yang sedap. Tapi ia makanan yang tidak sihat kerana ia makanan yang kolesterol tinggi.

 

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _10

MAKANAN #7: MADU

Madu boleh diambil sebab ia sunnah..betul tak? Tapi kurang sesuai jika diambil dengan kuantiti yang banyak bagi anak yang masih belum berusia 1 tahun. Sebab kandungan yang ada pada madu boleh buat anak mual, lagi-lagi kalau madu yang tak original banyak di pasaran sekarang.

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _11

 

 

MAKANAN #8: 1001 JENIS GULA-GULA

Pening kepala nak layan anak merengek mintak gula-gula kan? Sekarang ni beribu-ribu jenis gula-gula yang ada kat pasar raya atau kedai-kedai. Sebab warna, bentuk dan saiznya yang menarik, anak-anak memang suka dan tertarik.

Kalau boleh cuba elakkan, sebab kita sedia maklum makan jenis ni mempunyi tahap gula yang maksimum banyak dan sangat tak sesuai untuk anak-anak.

Ada 1 jenis gula-gula mempunyai bahan pewarna yang menyebabkan warna lidah akan bertukar ikut warna gula-gula itu sendiri. Eeeewww!

 

 

8 jenis makanan yang tidak sihat untuk anak _13

 

MAKANAN #9: AIS KRIM

Ais krim boleh diambil tapi jangan kerap sebab kadar gula yang tinggi. Ais krim boleh buat sendiri.

 

Kesimpulannya, ibubapa atau orang sekeliling memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan anak-anak. Cuaca, udara tidak sihat dan sosial di kaca televisyen kita mungkin tidak dapat kawal, tapi kita boleh kawal cara pemakanan anak-anak dengan cara ibu-ibu kene rajin masak sedap-sedap dirumah.. :)

 

Semoga entry ini beri maafaat kepada semua..

 

 

 

 

Ayu_Rahayu

SMS / WhastApp : 013 205 0607

FB : Vitamin4u

Shaklee ID : 915071

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge