7 Tip Dan Menu Untuk Tubuh Langsing Serta Mantap
Alahai!! Malunya apabila melihat diri sendiri di dalam cermin. Ada sahaja bahagian-bahagian yang berlemak sana sini dan berlipat yang tidak diingini pada tubuh badan apatah lagi selepas melahirkan anak. Atau mungkin juga anda mempunyai keturunan genetik keluarga bertubuh besar. Walaupun sudah berjam-jam lamanya bersenam setiap hari tanpa gagal, tetapi masih tidak memberi kesan seperti yang diingini. Usah mengeluh semuanya ya, inikan tubuh anda sendiri. Mari belajar untuk menyayangi tubuh badan anda dengan tujuh panduan mudah yang akan saya kongsikan ini buat anda semua.. 🙂
1. Tinggalkan minuman soda atau berkarbonat
Tip pertama tubuh langsing serta mantap ialah sayangi perut anda dan jangan sabotaj perutmu sendiri. Dengan meminum banyak air soda akan menyebabkan kembung perut. Selain itu, ia juga salah satu punca mengapa anda sukar tidur pada waktu malam kerana anda akan rasa sebu. Untuk membersihkan tubuh anda daripada toksin, maka minumlah lebih banyak air kosong. Percayalah, sesungguhnya anda pasti akan dapat melihat perubahannya apabila anda menukar tabiat mengambil minuman berkarbonat dengan perbanyakkan minum air kosong.
2. ‘Ketakkan’ otot anda
Perhatikan diri anda dihadapan cermin dan ketatkan otot pada sekitar kawasan perut, lengan, dan punggung. Dengan mengetatkan otot-otot anda, ia akan dilatih seperti anda sedang bersenam. Sekiranya anda kerap melakukannya, anda akan membentuk bahagian-bahagian dan menjadikan lebih pejal. Caranya? Ketatkan otot anda sehingga anda terasa impaknya seperti sedang bersenam. Senaman ringkas tanpa anda sedari pun, ia mampu membantu membentuk tubuh.
3. Makan lebih banyak sayuran hijau
Sayur-sayuran sangat penting. Makanlah sayur lebih banyak untuk serat, vitamin, dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Untuk menggalakkan pengambilan lebih banyak sayuran bijau, anda boleh jadikannya sebagai snek di waktu lapang anda. Jangan katakan tidak sebelum mencuba ya.
4. Makan makanan berprotein
Tidak perlulah keterlaluan sehingga makan satu gram protein untuk satu paun berat badan anda. Pengambilan protein sangat penting untuk membantu pembentukan otot apatah lagi jika anda bersenam. Protein sebenarnya dapat membantu mengawal selera makan jika diambil secara sihat. Selain daging merah, anda boleh menggantikannya dengan telur, ikan mahupun kekacang.
5. Berbanggalah dengan diri anda!
Anda mengimpikan kaki yang panjang, pinggang yang ramping, dan bentuk tubuh badan yang menawan. Sudah pasti anda boleh bersenam untuk cuba mendapatkannya. Tetapi jangan lupa soal genetik keluarga, cukuplah sekadar anda tidak mempunyai berat berlebihan, usah terlalu mengidamkan perkara yang di luar kemampuan anda. Berbanggalah dengan bentuk tubuh anda sekarang ini. Dengan keyakinan berpanjangan, anda akan sentiasa tampil cantik dan kurus setiap masa!
6. Sudahlah dengan keju
Jangan terlalu ikutkan nafsu untuk makan keju secara berlebihan. Rasanya memang enak, tetapi jika dimakan tanpa pengawasan dan berlebihan, boleh menyebabkan masalah kegemukan. Keju seperti yang kita ketahui, ia amat tinggi kandungan kalori dan lemaknya. Tidak salah makan keju, tetapi biarlah secara bersederhana.
7. Tidurlah secara ‘ringan’
Tahukah anda, semasa tidur sahaja seseorang boleh naik berat badan sehingga satu atau dua kilogram. Jangan tersalah memilih makanan yang anda makan, anda boleh makan yogurt atau sayur-sayuran. Elakkan bertih jagung, coklat atau sebarang snek sebelum masuk tidur. Pengambilan air yang terlalu banyak sebelum tidur juga tidak digalakkan.
Cadangan 4 snek mudah dan Sihat
- Nikmati salad sayur anda. Jika mahukan sedikit kelainan, makan bersama telur rebus dan sos salad rendah lemak.
- Tidak salah jika sesekali anda mahu makan sosej. Rebus sosej anda dan makan begitu sahaja. Sos tidak digalakkan kerana ia tinggi kandungan lemak, gula, bahan pengawet, dan bahan perasa. Amat tidak sesuai!
- Salad buah juga sedap! Walaupun begitu, elakkan buah-buahan yang kaya dengan kalori seperti pisang. Buah-buahan kering adalah salah satu pilihan terbaik.
- Bijiran bersama susu rendah lemak paling mudah. Campurkan dengan buah-buahan seperti kiwi atau pun strawberi untuk rasa yang lebih sedap dan berkhasiat. Memang ohsem!
Selamat mencuba tip-tip ini..anda memang boleh lakukannya! 🙂