Masalah sembelit di kalangan ibu mengandung adalah perkara biasa dan ramai ibu yang mengandung akan alami dan mengadu tentang masalah sembelit.
Setiap orang mempunyai tahap sembelit yang berbeza. Ada yang kata tak membuang dah beberapa hari sampai perut tak selesa. Ada juga kata sembelit sebab najis agak keras macam batu sehingga susah nak keluar. Jadi yang mana satu sebenarnya sembelit?
Sembelit yang sebenar ialah mengikut kekerasan najis kita ketika nak membuang. Setiap orang adalah berbeza-beza. Ada yang membuang tiap-tiap hari dan ada yang dua hari sekali. Ramai ibu hamil mengadu di sebabkan kekerasan najis ketika nak membuang.
PUNCA SEMBELIT KEPADA IBU HAMIL
Punca-punca sembelit kepada ibu hamil adalah berbeza mengikut individu. Di antara punca-puncanya ialah:
- kurang minum air, bila badan dehidrasi jadi terlalu mudah ibu hamil terkene sembelit
- kurang makan makanan yang serat tinggi seperti sayur dan buah
- kurang pergerakan fizikal seperti bersenam
- hormon progesterone pada tubuh ibu hamil menyebabkan memproses makanan dengan perlahan
- jika kandungan semakin membesar rahim pun akan membesar, jadi ia akan menolak usus menyebabkan pergerakkan najis agak sempit
TIPS ELAK SEMBELIT SEMASA MENGANDUNG
Tapi kalau dah namanya ibu mengandung memang kadang-kadang ada benda yang kita tak boleh nak makan, tak lalu nak makan atau minum. Memang betul pun saya sendiri pernah alaminya.
Salah satunya tak boleh minum air masak, kalau minum mesti muntah. Waktu tu trimester pertama. Kadang-kadang tak boleh bau orang masak tumis.
Tapi agak bahaya juga jika ibu hamil sembelit sebab nanti effect pada bayi dan yang paling penting kalau teruk sangat akan membawa kepada buasir. Lagi sengsara dan merana..
Biasanya kalau kes sembelit di kalangan ibu hamil, doktor akan bagi ubat lembutkan najis. Tetapi in case kalau ibu-ibu hamil diluar sana nak merawat atau nak mengelak sembelit dengan cara semulajadi, ada 4 cara TERBAIK..
TIPS #1: PERBANYAKKAN MAKAN SAYUR
Ibu hamil perlu makan sayur hijau lebih sebab sayur hijau mempunyai serat fiber yang tinggi dan dapat melawaskan sistem pembuangan.
TIPS #2: PERBANYAKKAN MAKAN BUAH
Antara pisang dan betik mana lagi membantu untuk melawas? Kalau saya pilih betik sebab dulu dah cuba ambil pisang tapi kurang berjaya. Makan sebiji betik lepas tu confirm melawas, betik sangat membantu.
TIPS #3: BANYAKKAN MINUM AIR MASAK
Minum air masak setiap hari, kalau boleh ambil air masak 3 liter setiap hari. Cara mudah beli botol air mineral letak atas meja 2 botol dan habiskan. 1 botol sama dengan 1.5 liter. Dengan cara tu boleh tahu kita dah minum air banyak mana..
TIPS #4: LAKUKAN SENAMAN FIZIKAL
Banyakkan pergerakkan seperti berjalan sebeb ia sangat membantu pergerakan usus besar.
TIPS #5: AMALKAN SUPLEMEN SEMBELIT
Ada satu suplemen ini memang sangat best, ia khas untuk orang yang sembelit dan yang paling penting kalau ibu hamil ambil ia tidak effect pada bayi dalam kandungan.
Kebiasaannya kalau orang sembelit kita suggest ambil Herblax, Alfalfa dan Ostematrix. Tapi untuk ibu hamil ambil Ostematrix pun dah cukup bagus.
Ostematrix sangat membantu untuk elak dari kene sembelit sebab fungsinya melembutkan najis. Jadi tak ada lah lama sangat meneran sakit nak membuang dalam bilik air nanti.
Selain itu, Ostermatrix juga elok untuk atasi masalah sakit pinggang, sakit belakang dan lenguh-lenguh seluruh badan bagi ibu yang mengandung. Ostematrix juga membantu untuk ibu hamil mendapatkan tidur yang lena.
Rasa-rasa kalau sebelum ni susah nak tidur, ambil Ostematrix pejam mata terus lena tidur and sweet dreams..
Saya harap sharing saya ini membantu ibu-ibu hamil di luar sana. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya atau tinggalkan komen di ruangan komen di bawah..
Ayu_Rahayu
SMS / WhastApp : 013 205 0607
FB : Vitamin4u
SID : 915071