Tips Bagi Mengelak Dan Merawat Ekzema

 

Tips Bagi Mengelak Dan Merawat Ekzema

 

Jauhi ekzema dengan merawat dan mencegah

Jauhi ekzema dengan merawat dan mencegah

Ekzema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang akan menyebabkan alahan mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Ekzema juga boleh menyebabkan hilangnya kelembapan kulit yang sangat serius. Ekzema ini juga boleh menyebabkan kegatalan yang melampau dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan yang disebabkan ekzema ini akan meningkat apabila kulit semakain kering. Jika digaru berulang-ulang kali, lapisan kulit akan terkoyak, cedera dan mula meruam. Keadaan atau kitaran ini boleh berpotensi akan berulang kali. Oleh sebab itulah tindakan pencegahan dan perlu dilakukan.

Mari merawat ekzema! Jika anda adalah penghidap ekzema, anda digalakkan untuk lebih berdisiplin mengelakkan sebarang simptom yang menjadi punca. Selain daripada itu, penjagaan kulit janganlah dipandang ringan. Jika anda tidak berhati-hati, bimbang keadaan kulit semakin sangat serius. Disini disertakan beberapa panduan atau tips untuk merawat ekzema dan penjagaan kulit khusus untuk pesakit ekzema.

 

Hadkan penggunaan produk yang berisiko

  • Pastikan anda mengelakkan diri daripada menggunakan produk losyen selepas bercukur, gasoline dan turpentine. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi pada kulit.

Bijak dalam memilih losyen

  • Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Boleh juga gunakan pelembap berbentuk krim yang sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan sangat sesuai untuk kesan lembapan. Amalkannya setiap hari, itu adalah sebaik-baiknya.

 

 

Gunakan sabun yang lembut

Gunakan sabun yang lembut

Amat sesuai menggunakan sabun yang lembut

  • Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Berendam seketika di dalam tab

  • Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya berendamlah selama 15 hingga 20 minit.

 

 

Pilih tuala yang lembut

Pilih tuala yang lembut

Memilih tuala yang lembut

  • Gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sekali-kali menggaru kulit anda ye. Sebaik sahaja selesai mandi, sapukan losyen atau minyak bayi agar dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit anda.

Kawal aktiviti harian

  • Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Pastikan tidak menggaru-garu

  • Elakkan daripada menggaru-garu kawasan yang terdedah walaupun terasa gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah dan cedera. Sebaik-baiknya gunakanlah pelembap untuk menangani masalah kegatalan tersebut.

Kain kapas atau kombinasinya

  • Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritiasi pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Kawal tekanan emosi

  • Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada menjadi bertambah teruk.

Amalkan penjagaan secara konsisten

  • Bahagian kulit yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritiasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Teruskan amalan penjagaan kulit seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.

 

Cara untuk mengelakkan ekzema

  1. Pastikan bilik tidur anda selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
  2. Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu.
  3. Sekiranya anda ada alahan pada bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara binatang peliharaan ini.
  4. Elakkan mandi air panas/suam.
  5. Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.
  6. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  7. Elakkan memakai pakaian menggunakan fabrik yang kasar.
  8. Jangan menggunakan sabun apabila mandi. Sebaiknya, gunakan emolien atau pembersih yang tidak bersabun (soap-free)
  9. Gunakan krim pelembab setiap kali selepas mandi atau membasuh tangan. Cuba gunakan pelembap sekerap yang mungkin.
  10. Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitan kuman pada kulit.
  11. Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alah makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.

Tips tambahan untuk merawat ekzema:

  1. Pakai pakaian yang longgar dan pilih fabrik yang selesa seperti kapas.
  2. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan elak fabrik daripada bulu biri-biri.
  3. Elakkan berendam dalam air panas atau air yang mengandungi klorin yang banyak.

 

 

FB: Rahayu Abd Ghapal
Kedai Shaklee saya: Vitamin4u
email: ayusabrina@gmail.com

 

Tambahkan Susu Badan Dengan Set Penyusuan Shaklee

Tambahkan Susu Badan Dengan Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee untuk tambahkan susu badan semakin mendapat perhatian dan permintaan ramai terutama sekali sudah tentu di kalangan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Ini kerana mereka ingin cuba memberikan khasiat  atau zat yang terbaik untuk bayi yang masih belum mengambil sebarang apa-apa makanan pun selain susu ibu. Oleh itu, hanya dengan susu ibu sahaja menjadi sumber makanan untuk bayi merasa kenyang.

Tetapi malangnya ada juga sesetengah ibu-ibu yang masih mengalami masalah susu badan yang tidak mencukupi untuk diberikan atau dibekalkan kepada bayi. Dan akibatnya bayi akan menangis dan pasti sebagai seorang ibu, hati anda akan berasa kasihan dengan bayi. Anda mula mencari maklumat di internet dan mendapati ramai wanita membicarakan berkaitan set penyusuan Shaklee ini. Dimana ramai ibu-ibu mengatakan set penyusuan Shaklee untuk tambahkan susu badan adalah diantara yang terbaik untuk membantu mereka yang mengalami masalah susu badan merundum.

Benarkah Set penyusuan Shaklee ini dapat menambahkan lagi kuantiti susu dalam badan?

Penambahan kuantiti susu dalam badan sebenarnya berkait rapat dengan tahap kesihatan dan kecergasan diri anda. Sudah menjadi kebiasaannya bagi ibu yang baru bersalin akan cepat berasa letih dan kurang bertenaga. Keadaan ini menyebabkan anda malas untuk mengepam susu yang akan menyebabkan ia kurang produktif. Ini menunjukkan badan anda kekurangan nutrisi yang lengkap.

Oleh sebab itu, proses pengepamam susu juga adalah sama seperti konsep demand dan supply. Semakin anda kerap mengepam susu badan, maka ia akan bertambah dan begitu juga sebaliknya. Jadi, dengan mengambil set penyusuan Shaklee iaitu set tambahkan susu badan dapat membantu anda kekal cergas berpanjangan semasa anda melakukan proses mengepam.

Cara Menggunakan Set Penyusuan Shaklee untuk tambahkan susu badan

Pertama sekali minda atau fikiran anda perlu dalam keadaan positif. Pastikan matlamat anda untuk memperbanyakkan susu badan, ini adalah untuk memastikan susu untuk bayi tidak terputus.

Kedua pula adalah pastikan anda mengamal set penyusuan Shaklee secara konsisten. Ambil set penyusuan Shakle secara konsisten dengan mengikut apa yang disarankan oleh pengedar Shaklee anda. Setiap pembelian menerusi saya, anda akan mendapat panduan dan tips sebagai rujukan anda untuk mengekalkan kuantiti susu yang banyak.

Ketiga pula adalah dengan meminum air masak dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Saya mencadangkan untuk anda mengambilnya minimum 3 liter. Meminum air dengan kuantiti yang banyak juga sebenarnya boleh menyingkirkan toksin dalam badan.

Akhir sekali ialah anda perlu mengepam dengan lebih kerap. Semakin kerap anda mengepam, pasti akan semakin banyak kuantiti susu badan anda akan bertambah.

Ada 4 Set Penyusuan Shaklee Pilihan Ibu-ibu Untuk Tambahkan Susu Badan

 

Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee

 

Set 1-Set Asas Penyusuan

Didalam set asas penyusuan ini ialah B-Complex, Vita-C, Vita-Lea dan Alfalfa. Set asas penyusuan ini sesuai untuk :

  1. Ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan.
  2. Tujuan utama pengambilan set ini ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu.
  3. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  4. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan.
  5. Juga sesuai membantu bayi yang mempunyai masalah ekzema.
  6. Kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan/dalam pantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi kurang daripada 3 bulan mengalami masalah cirit dengan alfalfa.

Set 2

Didalam set ini pila ialah B-Complex, Vita-C, Vita-Lea dan Ostematrix. Set ini sesuai untuk:

  1. Ibu yang mengalami masalah haid PMS(Pre Menstrual Syndrome) yang sering berasa letih selalu.
  2. Sesuai juga untuk ibu yang mengalami masalah kurang susu pada peringkat permulaan atau bayi yang selalu berada dalam keadaan cepat lapar.
  3. Ostematrix juga membantu memberikan kalsium untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat.
  4. Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid.
  5. Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  6. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana Ostematrix (pil kalsium) mengandungi kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan.
  7. Membantu ibu kekal cergas, bertenaga dan diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat dan sihat.

Set 3

Didalam set ini ialah B-Complex, Vita-C, Vita-Lea, Alfalfa dan Ostematrix. Untuk mereka yang:

  1. Mengalami masalah PMS yang menyebabkan ibu berasa cepat letih.
  2. Ostematix Shaklee untuk ibu yang kurang meminum susu dengan memberikan kalsium yang secukupnya.
  3. Membantu bayi yang mengalami masalah Eczema.
  4. Membekalkan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
  5. Milk Booster berbanding 2 set di atas kerana terdapat Alfalfa dan juga Ostematrix.

Set 4

Didalam set ini ialah B-Complex, Vita-C, Vita-Lea, Alfalfa, Ostematrix dan ESP Shaklee. Set ini sesuai untuk:

  1. Mereka yang mengalami masalah penyusuan walaupun telah membuat pengepaman setiap 2 jam sekali dan turut meminum air yang banyak.
  2. Milk Booster untuk ibu yang bekerja dan hendak membuat simpanan stok susu yang di pam.
  3. Sesuai untuk ibu yang telah berhenti menyusukan anak dan hendak membuat pengepaman semula.
  4. Sangat dicadangkan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan
  5. Masalah penyusuan bermaksud: Ibu menghadapi masalah penghasilan kuantiti susu walau telah melakukan perahan setiap 3 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari. Oleh itu set ini dapat membantu untuk tambahkan susu badan dan membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh tubuh badan ibu agar tubuh ibu dapat berfungsi dengan baik.

 

 Testimoni dari ibu-ibu yang mengambil Set Penyusuan Shaklee

Testimoni 1 : Breast cepat penuh

Breast cepat penuh :)

Breast cepat penuh :)

Testimoni 2 : Susu bertambah dan kesihatan terpelihara 

susu bertambah & kesihatan terjaga

susu bertambah & kesihatan terjaga

Faktor keletihan dan kurang bertenaga memang adakalanya akan menyebabkan susu badan ibu berkurangan dan terpaksa menggunakan susu formula. Sememang ibu-ibu akan berusaha supaya mereka dapat menyusukan bayi dengan susu badan dalam tempoh 2 tahun tanpa bergantung dengan susu formula. ESP Shaklee memberikan tenaga pada ibu yang menyusu manakala Alfalfa dapat membantu tambahkan susu badan anda.

Anda boleh memilih 4 set penyusuan Shaklee dan saya akan menghantar sebaik sahaja pembayaran diterima.Sememangnya menyusukan bayi adalah satu tugas yang mulia dan ganjaran pahala di kira berdasarkan setiap titik susu yang keluar untuk diberikan kepada bayi anda.

Hanya peringkat permulaan sahaja ketika membuat proses pengepaman anda akan berasa cabarannya dan semuanya terbayar dengan setiap hari anda dapat memberikan susu badan yang secukupnya kepada bayi anda. Jadi, buatlah tempahan set penyusuan Shaklee untuk anda lebih bersemangat semasa proses penyusuan.

Kejayaan penyusuan amat berkait rapat dengan tahap kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan yang perlu difahami adalah LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN – Demand and Supply

Pengambilan supplemen akan memberi kesan sekiranya ibu dengan penuh disiplin dan secara konsisten melakukan:

1. Kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam (apabila ibu telah mula bekerja semula) sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Memastikan pengambilan air yang secukupnya, iaitu tidak kurang daripada 3liter setiap hari.

3. Tidak berdiet sepanjang tempoh penyusuan.

4. Amalkan zikir dan doa sebagai amalan rutin sepanjang tempoh penyusuan atau perahan.

Harga bagi Set lengkap Set Penyusuan Shaklee ialah:

  • Energizing Soy Protein (ESP) = RM150
  • Vita-C = RM92.50
  • B-complex = RM53.75
  • Vita-Lea = RM88.75
  • Alfalfa Complex = RM53.75
  • Ostematrix = RM61

Ingin membeli dengan harga ahli? klik sini

SMS/WhatsApp: 013 205 0607 – Ayu
FB: Rahayu Abd Ghapal
Kedai Shaklee saya: Vitamin4u
email: ayusabrina@gmail.com

7 Tip Dan Menu Untuk Tubuh Langsing Serta Mantap

 

7 Tip Dan Menu Untuk Tubuh Langsing Serta Mantap

Alahai!! Malunya apabila melihat diri sendiri di dalam cermin. Ada sahaja bahagian-bahagian yang berlemak sana sini dan berlipat yang tidak diingini pada tubuh badan apatah lagi selepas melahirkan anak. Atau mungkin juga anda mempunyai keturunan genetik keluarga bertubuh besar. Walaupun sudah berjam-jam lamanya bersenam setiap hari tanpa gagal, tetapi masih tidak memberi kesan seperti yang diingini. Usah mengeluh semuanya ya, inikan tubuh anda sendiri. Mari belajar untuk menyayangi tubuh badan anda dengan tujuh panduan mudah yang akan saya kongsikan ini buat anda semua.. :)

Elakkan air soda

Elakkan air soda

1. Tinggalkan minuman soda atau berkarbonat

Tip pertama tubuh langsing serta mantap ialah sayangi perut anda dan jangan sabotaj perutmu sendiri. Dengan meminum banyak air soda akan menyebabkan kembung perut. Selain itu, ia juga salah satu punca mengapa anda sukar tidur pada waktu malam kerana anda akan rasa sebu. Untuk membersihkan tubuh anda daripada toksin, maka minumlah lebih banyak air kosong. Percayalah, sesungguhnya anda pasti akan dapat melihat perubahannya apabila anda menukar tabiat mengambil minuman berkarbonat dengan perbanyakkan minum air kosong.

perhatikan diri anda di cermi

perhatikan diri anda di cermin

2. ‘Ketakkan’ otot anda

Perhatikan diri anda dihadapan cermin dan ketatkan otot pada sekitar kawasan perut, lengan, dan punggung. Dengan mengetatkan otot-otot anda, ia akan dilatih seperti anda sedang bersenam. Sekiranya anda kerap melakukannya, anda akan membentuk bahagian-bahagian dan menjadikan lebih pejal. Caranya? Ketatkan otot anda sehingga anda terasa impaknya seperti sedang bersenam. Senaman ringkas tanpa anda sedari pun, ia mampu membantu membentuk tubuh.

pengambilan lebih banyak sayur hijau

pengambilan lebih banyak sayur hijau

3. Makan lebih banyak sayuran hijau

Sayur-sayuran sangat penting. Makanlah sayur lebih banyak untuk serat, vitamin, dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Untuk menggalakkan pengambilan lebih banyak sayuran bijau, anda boleh jadikannya sebagai snek di waktu lapang anda. Jangan katakan tidak sebelum mencuba ya.

makanan yang berprotein

makanan yang berprotein

4. Makan makanan berprotein

Tidak perlulah keterlaluan sehingga makan satu gram protein untuk satu paun berat badan anda. Pengambilan protein sangat penting untuk membantu pembentukan otot apatah lagi jika anda bersenam. Protein sebenarnya dapat membantu mengawal selera makan jika diambil secara sihat. Selain daging merah, anda boleh menggantikannya dengan telur, ikan mahupun kekacang.

berbangga dengan diri sendiri

berbangga dengan diri sendiri

5. Berbanggalah dengan diri anda!

Anda mengimpikan kaki yang panjang, pinggang yang ramping, dan bentuk tubuh badan yang menawan. Sudah pasti anda boleh bersenam untuk cuba mendapatkannya. Tetapi jangan lupa soal genetik keluarga, cukuplah sekadar anda tidak mempunyai berat berlebihan, usah terlalu mengidamkan perkara yang di luar kemampuan anda. Berbanggalah dengan bentuk tubuh anda sekarang ini. Dengan keyakinan berpanjangan, anda akan sentiasa tampil cantik dan kurus setiap masa!

keju boleh menggemukkan diri anda

keju boleh menggemukkan diri anda

6. Sudahlah dengan keju

Jangan terlalu ikutkan nafsu untuk makan keju secara berlebihan. Rasanya memang enak, tetapi jika dimakan tanpa pengawasan dan berlebihan, boleh menyebabkan masalah kegemukan. Keju seperti yang kita ketahui, ia amat tinggi kandungan kalori dan lemaknya. Tidak salah makan keju, tetapi biarlah secara bersederhana.

jangan tidur terlalu lama

jangan tidur terlalu lama

7. Tidurlah secara ‘ringan’

Tahukah anda, semasa tidur sahaja seseorang boleh naik berat badan sehingga satu atau dua kilogram. Jangan tersalah memilih makanan yang anda makan, anda boleh makan yogurt atau sayur-sayuran. Elakkan bertih jagung, coklat atau sebarang snek sebelum masuk tidur. Pengambilan air yang terlalu banyak sebelum tidur juga tidak digalakkan.

 

Cadangan 4 snek mudah dan Sihat

  • Nikmati salad sayur anda. Jika mahukan sedikit kelainan, makan bersama telur rebus dan sos salad rendah lemak.
  • Tidak salah jika sesekali anda mahu makan sosej. Rebus sosej anda dan makan begitu sahaja. Sos tidak digalakkan kerana ia tinggi kandungan lemak, gula, bahan pengawet, dan bahan perasa. Amat tidak sesuai!
  • Salad buah juga sedap! Walaupun begitu, elakkan buah-buahan yang kaya dengan kalori seperti pisang. Buah-buahan kering adalah salah satu pilihan terbaik.
  • Bijiran bersama susu rendah lemak paling mudah. Campurkan dengan buah-buahan seperti kiwi atau pun strawberi untuk rasa yang lebih sedap dan berkhasiat. Memang ohsem!

Selamat mencuba tip-tip ini..anda memang boleh lakukannya! :)

 

 
FB: Rahayu Abd Ghapal
Kedai Shaklee saya: Vitamin4u
email: ayusabrina@gmail.com

Kepentingan Detox Bersama Set Detox Shaklee

SET DETOX SHAKLEE

Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah berikut?

jerawat / kulit kusam, selalu berasa lesu dan kurang, bertenaga, sakit kepala berulang, rasa gatal, emosi bercelaru, radang pada kulit, alahan, ekzema

Simptom di atas adalah menunjukkan yang tubuh anda mungkin mempunyai toksin yang berlebihan. Set Detox Shaklee dapat membantu untuk mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan dan akan mengembalikan tubuh badan yang sihat.. :)

Pentingnya detox untuk kesihatan optimum

Detox adalah satu perkara yang sangat penting dalam usaha mencapai kesihatan yang optimum. Ramai orang yang mengambil makanan yang bernutrisi tinggi atau pil suplemen, tetapi masih tidak mengalami apa-apa perubahan seperti yang diingini. Ini kerana kita sering mengabaikan detox terlebih dahulu.

Detox adalah bertujuan menyingkirkan toksin, lemak dan juga lendir yang terdapat atau terkumpul didalam badan terutama sekali dibahagian usus. Toksin yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan sel dan juga organ dalam badan terpaksa bekerja keras.

Oleh itu, akibat dari makanan yang mengandungi asid, pemanis tiruan, pewarna, penggunaan racun perosak dan pengawet telah menyebabkan organ dalam badan tubuh bercampur dan tercemar. Maka ini menyebabkan organ pencernaan dalam badan kita tidak mampu untuk menyahtoksik dan terus ia berada dalam badan.

Apabila organ pencernaan kita tidak mampu untuk menyahtoksik, maka segala makanan zat yang bernutrisi tinggi yang kita ambil terhalang dari diserap oleh badan kita. Secara asasnya organ seperti hati, buah pinggan, paru-paru dan juga kulit bertindak secara semulajadi dalam menyingkirkan bahan buangan tersebut dalam badan.

Ramai yang mengambil makanan yang bernutrisi tinggi atau pil suplemen untuk kesihatan optimum tetapi malangnya tidak berhasil iaitu tidak memberikan kesan yang memberangsangkan. Ini hanya kerana tubuh badan kita tidak detox terlebih dahulu. Detox terlebih dahulu adalah perkara yang sangat penting sebelum memulakan pengambilan zat bernutrisi atau sebarang suplemen.

Terdapat pelbagai set detox yang terdapat dipasaran masa kini. Begitu juga dengan Shaklee, iaitu set detox Shaklee dalam bentuk tablet.

 

set detox shaklee

set detox shaklee

 

Kebaikan mengambil set detox Shaklee penting kerana:

  • Dapat menyelesaikan semua masalah badan bertoksid seperti jerawat, kulit kusam, lesu, lemah, sakit kepala, gatal-gatal, tekanan emosi, alahan, eczema dll
  • Ia dapat membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  • Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan hati
  • Ia dapat meningkatkan seri wajah
  • Ia dapat menguatkan sistem pertahanan badan

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Produk dalam set detox Shaklee

1. Alfalfa Complex Shaklee 

  • Agen pencuci hati dan usus
  • Mengatasi dalam masalah sembelit
  • Membantu masalah kelesuan dan tekanan
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Menyingkir lemak dan kolestrol
  • Baik untuk alahan/ekzema

2. DTX Shaklee

  • Melindungi hati dari menerima beban yang berlebihan semasa proses pencernaan
  • Menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu menjana semula sel hati

3. Garlic Shaklee

  • Mencuci darah dan menyingkirkan toksik dan logam berat dalam badan
  • Tidak menyebabkan pernafasan berbau kerana garlic Shaklee akan diuraikan dalam perut. Selain itu, garlic Shaklee turut mempunyai ekstrak pudina dan rosemary bagi menyegarkan pernafasan anda
  • Menghapuskan bacteria
  • Merangsang hati mengeluarkan gula dari darah
  • Merangsang system kekebalan tubuh
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi

Anda juga dinasihatkan mengambil air minuman dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Saya mencadangkan pengambilan adalah 3L dan lebihkan meminum air masak. Jadi bagi yang berminat mendapatkan set detox Shaklee bolehlah menghubungi saya untuk melindungi diri anda dan keluarga dari toksin yang berbahaya.

Jangan tunggu lagi, JOM DETOX sekarang.. :)

 

Ingin membeli dengan harga ahli? klik sini

SMS/WhatsApp: 013 205 0607 – Ayu
FB: Rahayu Abd Ghapal
Kedai Shaklee saya: Vitamin4u
email: ayusabrina@gmail.com

 

Set Hamil Shaklee Setanding Dengan Harganya Dan Testimoni Ibu Hamil

SET HAMIL SHAKLEE

Assalamualaikum semua, entry kali ini akan bercerita tentang Set Hamil Shaklee. Set Hamil Shaklee ini adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan juga  bayi dalam kandungan mereka terpelihara dengan selamat. Set Hamil Shaklee ini mengandungi keperluan nutrisi yang cukup sepanjang dalam tempoh mengandung hinggalah saat untuk bersalin. Antara zat yang penting adalah seperti asid folik, zat besi, kalsium, DHA dan juga EPA.

Selain itu, anda juga perlu menjaga amalan rohani dan juga jasmani. Kepada ibu yang hamil anda perlu mengelakkan stress, oleh itu peranan seorang suami sangat penting untuk memberi sokongan kepada si ibu hamil. Dengan cara suami membantu membasuh baju, mengemas rumah, memasak adalah salah satu cara yang dapat meringankan stress isteri.

Sewaktu hamil amalan rohani adalah sangat penting seperti berzikir dan membaca Al-Quran. Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih lagi ketika sedang menjalani proses melahirkan bayi. Sebab, pada ketika itu ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan. Semoga kelahiran menjadi lebih mudah dan bayi tersebut bakal menjadi seorang anak yang soleh atau solehah.

 

Pengambilan Pemakan Si Ibu Sangat Penting..

Pengambilan Pemakanan Si Ibu Sangat Penting..

 

Hamil Trimester Pertama, Kedua Dan Ketiga

Trimester pertama adalah dari saat anda di sahkan mengandung sehingga kandungan mencecah 12 minggu. Ibu yang hamil sering mengalami mual dan muntah yang ia salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyakkanlah minum air putih atau jus buah. Ada baiknya ibu hamil mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap, ini kerana untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah.

Makanan yang anda makan, setiap nutrisinya akan dikongsi bersama dengan janin anda. Vitamin atau suplemen adalah sangat penting selain dapat memberikan tenaga ia turut membekalkan nutrisi yang bagus untuk anda dan kandungan anda. Anda juga perlu berhati-hati dalam melakukan aktiviti bagi mengelakkan risiko keguguran bayi.

Pada ketika ini memang masih tidak kelihatan perubahan fizikal pada perut anda. Antara kesan yang boleh dirasai adalah payudara membesar, Morning Sickness, sering membuang air kecil, cepat penat dan sakit kepala, perut menjadi kejang,beremosi dan juga berat badan anda bertambah. Tetapi ia bergantung kepada setiap individu juga, setiap individu adalah sangat berbeza.

 

Mengapa ibu hamil perlu mengambil Set Hamil Shaklee ini? Berikut adalah diantara kelebihannya dan kebaikkannya:

  • Membekalkan keperluan nutrisi dari awal kehamilan sehingga saat bersalin.
  • Set ini menjimatkan kerana kadar penggunaannya sehingga 4 bulan ke 6 bulan.
  • Suami dan ahli keluarga boleh juga mengambilnya. Vitamin adalah baik untuk semua orang.
  • Mengaktifkan dan mengembangkan sel otak bayi.
  • Memastikan kesihatan janin agar menerima nutrisi yang lengkap.
  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu yang mengandung.
  • Mengatasi masalah kejang kaki, sakit pinggang dan sembelit.

Set Kehamilan Shaklee

Ibu dan bayi sama-sama sihat

 

Suplemen Set Hamil Shaklee ini berperanan penting untuk ibu dan bayi kerana:

Didalam Set Hamil Shaklee ini adalah set hamil yang sudah LENGKAP iaitu ia terkandung Vita Lea, B Complex, Vita-C, Ostematrix, Omega Guard dan Energizing Soy Protein(ESP).

 

Set Hamil Shaklee

Set Hamil Shaklee Suplemen Semulajadi & HALAL (Set Lengkap)

  • Vita Lea

Vita Lea Shaklee mengandungi zat besi yang penting  untuk membantu dalam memulihkan semula paras hemoglobin dalam darah khususnya untuk ibu hamil. Fungsi hemoglobin adalah untuk mengangkut oksigen kepada bayi dan kekurangannya boleh menyebabkan terjadinya anemia kepada ibu mengandung. Vita Lea Shaklee ini mempunyai kadar serapan yang bagus untuk kesihatan diri ibu hamil.

  • B Complex

Acid folic terdapat didalam B Complex Shaklee ini. Dengan mengambil acid folic, boleh membuat janin lebih kuat dan sihat. Wanita hamil adalah amat digalakkan untuk mengambilnya sekurang-kurangnya 500 mcg asid folic. Ini kerana ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif. Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Asid folik yang terdapat dalam B Complex Shaklee ini adalah zat makanan yang lebih mudah diserap. Selain itu, ia juga mudah di telan dan mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang diperlukan termasuklah asid folic. Badan kita tidak membina B Complex dan dari situ kita memerlukan makanan yang kaya dengan B Complex.

Wanita yang planning nak hamil atau sudah hamil, haruslah mampu mengatur stress yang dialaminya dengan baik. Stress bermaksud anda ‘meracuni’ janin dengan hormon stress yang boleh memberi pengaruh negatif pada perkembangan struktur otak janin.

  • Vita-C

Vita-C Shaklee adalah vitamin C yang bertindak dalam meningkatkan sistem imunisasi ibu mengandung dan mengurangkan jangkitan terhadap ibu dan juga bayi dalam kandungan. Vita-C Shaklee juga membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.

  • Ostematrix

Jika ibu hamil kekurangan kalsium dalam badan ia boleh menyebabkan sering mengalami kejang kaki atau cramp. Ini adalah kerana ibu dan bayi berkongsi nutrisi kalsium. Dengan Ostematrix Shaklee ini boleh membekalkan kalsium yang secukupnya kepada kedua-duanya dan bertindak secara efektif semasa proses penyerapan nutrisi tersebut. Ia juga memadatkan tulang supaya tulang menjadi kuat dan sihat untuk bayi dan ibu.

  • ESP (Energizing Soy Protein)

ESP Shaklee ini minuman berasaskan soya yang membekalkan tenaga berpanjangan setiap hari. ESP Shaklee membekalkan protein yang tinggi bagi keperluan ibu hamil dan juga fetus di peringkat awal kehamilan. 

ESP Shaklee membekalkan 20 jenis asid amino yang penting dalam memastikan perkembangan bayi sihat dan sempurna semasa dalam kandungan. Badan kita mampu menghasilkan 11 jenis asid amino dan selebihnya perlu diambil dari makanan yang mengandungi asid amino.

Setiap asid amino mempunyai kepentingan tersendiri. Campuran antara asid amino yang menentukan sifat bayi apabila dilahirkan seperti rambut tebal, otot yang tegap dan warna kulit bayi. Kebanyakan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil ESP Shaklee ini mempunyai kulit yang cerah dan gebu. ESP Shaklee juga membantu menghilangkan “Stretch Mark” sewaktu mengandung, dimana ESP Shaklee ini bekerja atau bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.

  • Omegaguard

Ketika Ibu hamil sudah ke trimester ketiga iaitu kandungan berusia 7 bulan, ibu boleh mengambil Omega Guard Shaklee untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Selain itu Omega Guard Shaklee ini adalah untuk kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi selepas bayi dilahirkan.

 

Set Hamil Shaklee ini amat sesuai untuk mereka-mereka yang:

  • Tidak gemar minum susu menyebabkan kekurangan kalsium untuk ibu hamil dan kandungan. Malah jika kekurangan kalsium akan menyebabkan kejang kaki.
  • Yang sukar membuang air besar iaitu sembelit.
  • Hamil tetapi mempunyai tahap Hemoglobin(Hb) yang rendah.
  • Hamil tetapi sakit-sakit badan.

Harga Bagi Setiap 1 Botol Suplemen Set Hamil Shaklee

  • Vita Lea – RM88.75 (120 biji)
  • B Complex – RM53.75 (120 biji)
  • Vita-C – RM92.50 (180 biji)
  • Ostematrix – RM61 (120 biji)
  • ESP – RM150 (850g, berbentuk serbuk untuk dibancuh)
  • Omega Guard – RM136 (90 biji)

Setiap suplemen Set Hamil Shaklee ini adalah sangat berbaloi-baloi jika diambil secara konsisten. Dengan harga bagi setiap vitamin Shaklee ini memang sangat setanding dengan kelebihan dan kebaikkan yang akan anda miliki ketika hamil. Bagi setiap 1 botol suplemen ini boleh bertahan dari 4 bulan hingga 6 bulan. Wahh! Bukankah Set Hamil Shaklee ini sudah best!? kerana suplemen Set Hamil Shaklee ini sangat menjimatkan dan ini yang dikatakan berbaloi-baloi.

Untuk beri anda rasa lebih terkejut dan seronok dengan Set Hamil Shaklee ini..sebenarnya untuk setiap 1 biji contohnya Vita-C Shaklee hanya semurah RM0.51sen sahaja sebiji. Kemudian Vita-C Shaklee ini pula boleh bertahan selama 6 bulan. Memang sangat jimat extravaganza kerana tidak perlu beli setiap bulan. WOW!!

 

Mari kita lihat pula apa kata pengguna yang telah menggunakan Set Hamil Shaklee ini..

Testimoni 1: Sarat hamil masih mampu berjalan kaki ke pejabat. Tenaga berpanjangan.

testi hamil1

 

Testimoni 2: Lebih bertenaga, tiada rasa loya dan kulit semakin cantik. Sihat sehingga ke proses bersalin.

testi hamil2

 

Testimoni 3: Ibu hamil tidak sakit badan dan sakit pinggan.

testi hamil3

 

Testimoni 4: Ibu hamil tiada lagi sakit belakang ketika tidur.

testi hamil4

 

Testimoni 5: Luka czer sembuh dengan cepat..

testi hamil5

 

Testimoni 6: Dr Hamid Arshat pakar ibu hamil sarankan ambil suplemen.

testi hamil6

 

Anda ibu hamil haruslah memiliki Set Hamil Shaklee ini kerana sangat baik untuk anda dan kandungan anda. Dengan memiliki Set Hamil Shaklee ini anda tidak rugi malah sangat menJIMATkan. Apa tunggu lagi mari perolehinya SEGERA!!

Anda berminat?? Dapatkan SEGERA dengan taip “Set Hamil Shaklee” dan hantarkan ke 013 205 0607(Sms/WhatsApp), anda akan dimaklum balas dengan segera.. :)

 

**\(^_^)/**

Dapatkan produk set Shaklee ini dari saya,
SMS/WhatsApp: 013 205 0607 – Ayusabrina
FB: Rahayu Abd Ghapal
Kedai Shaklee saya: vitamin4u
email: ayusabrina@gmail.com