Assalamualaikum wbt
Untuk menjaga tahap kesihatan yang baik mengambil Omega-3 adalah salah satunya daripadanya. Banyak kelebihan dan kebaikkan minyak ikan omega 3 seperti untuk kawal kolesterol dalam darah, boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan banyak lagi. Jadi, saya ingin kongsikan 19 lagi kelebihan dan kebaikkan minyak ikan omega 3.
-
Minyak Ikan Omega 3 Adalah Lemak Asid Yang Terbaik
Lemak asid minyak ikan omega 3 adalah salah satu daripada jenis lemak yang baik kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kemurungan, dan artritis. Tubuh kita sendiri tidak boleh menghasilkan lemak asid omega-3 ini. Hanya dengan mengambil makanan tambahan sahaja.
-
Jenis-jenis Lemak Asid Omega-3
Lemak asid omega-3 mempunyai lebih daripada satu bentuk. Jenis-jenis asid ditemui dalam ikan, yang dikenali sebagai DHA dan EPA, mempunyai manfaat kesihatan yang sangat bagus. Jenis lain yang dikenali sebagai ALA pula terdapat didalam minyak sayur-sayuran, biji-bijian, kacang, dan sayur-sayuran berdaun gelap seperti bayam.
-
Bagaimana Minyak Ikan Omega 3 Melawan Penyakit?
Lemak asid omega-3 membantu jantung anda dalam beberapa cara. Ia mengawal keradangan di dalam saluran darah dan seluruh badan. Dapat menurunkan tahap lemak dalam darah yang dikenali sebagai trigliserida. Ia juga boleh memperlahankan pembentukan plak di dalam saluran darah untuk elak saluran tersumbat.
-
Lemak Asid Omega-3 Baik Untuk Penyakit Jantung
Persatuan Jantung Amerika menyarankan 1 gram sehari EPA dan DHA diambil untuk orang-orang yang mengalami penyakit jantung. Makan ikan memang bagus, tetapi doktor mungkin akan mengesyorkan kapsul minyak ikan. Jika kita mengalami serangan jantung, minyak ikan omega 3 boleh membantu melindungi jantung.
-
Omega-3 Membantu Menurunkan Degupan Jantung
Lemak asid omega-3 boleh menurunkan kadar degupan jantung dan membantu mencegah aritmia. Aritmia ialah degupan jantung yang tidak normal. Beberapa sumber mengatakan minyak ikan omega-3 yang sama ialah ikan, walnut, brokoli, dan kacang soya hijau yang dikukus.
-
Trigliserida
Omega-3 DHA dan EPA boleh menurunkan kadar lemak darah yang dikaitkan dengan penyakit jantung. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil suplemen minyak ikan omega 3, kerana takut ia akan membuat kolesterol yang teruk akan jadi lebih teruk. Anda juga boleh menurunkan paras trigliserida dengan bersenam, kurang minum alkohol, dan mengurangkan gula dan karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan beras putih.
-
Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Minyak ikan Omega 3 boleh membantu menurunkan tekanan darah yang lebih rendah sedikit. Salah satu cara bagi menggantikan daging merah kepada ikan dalam makanan. Elakkan ikan masin juga. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, hadkan garam adalah salah satu nasihat doktor.
-
Omega-3 Membantu Mencegah Strok
Suplemen minyak ikan omega 3 dapat elak pembentukan lemak di dalam saluran darah dan membantu aliran darah dengan baik. Jadi omega-3 boleh membantu mencegah strok yang disebabkan oleh pembekuan lemak atau arteri yang tersumbat. Jadi periksa dengan doktor anda terlebih dahulu.
-
Minyak Ikan Omega 3 Mencegah Sakit Sendi
Kajian menunjukkan minyak ikan omega 3 boleh mencegah sakit sendi. Khasiat yang tinggi dalam omega-3 juga boleh meningkatkan keberkesanan kepada anti-radang.
Ada lagi sambungannya, tunggu.. 🙂
Ayu_Rahayu – 013 205 0607 (SMS/WhatsApp)
FB fanpage: Vitamin4u
Email: ayusabrina@gmail.com