10 Tips Makanan Pejal Pertama Bayi Yang Ibu Mesti Tahu

 

Makanan pejal pertama bayi adalah disyorkan apabila susu ibu atau susu formula tidak cukup untuk memuaskan kelaparan kanak-kanak. Tetapi susu ibu mesti diberi sebagai sumber utama pemakanan sehingga bayi berusia 12 bulan.

Pertumbuhan bayi pada tahun pertama adalah sangat penting dan pesat, jadi badan bayi memerlukan jumlah maksimum nutrien untuk membantu proses tumbesarannya.

 

tips makanan pejal pertama bayi _4

 

Proses dalam nak memperkenalkan makanan pejal kepada bayi boleh dilakukan jika anak sudah berusia 6 bulan keatas. Tetapi ada beberapa perkara atau tips penting perlu ibu-ibu berikan perhatian.

 

10 Tips Makanan Pejal Pertama Bayi

Tips #1

  • Biarkan bayi belajar untuk makan makanan pejal secara semula jadi dan secara beransur-ansur. Jangan tergesa-gesa untuk hentikan penyusuan susu ibu kepada bayi dengan memberi makanan cecair atau pepejal.

 

Tips #2

  • Dalam 6 bulan pertama dan ke atas, susu ibu menyediakan semua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Pada kira-kira 6 hingga 8 bulan, bayi masih lapar selepas kenyang susu. Jadi mereka juga boleh meminta makan dengan kerap.
  • Dalam keadaan macam ini ibu boleh beri sedikit demi sedikit makanan pejal kepada bayi, bimbang bayi terlalu lapar.

 

Tips #3

  • Contoh makanan bayi separa pejal ialah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan puri, bijirin yang dilenyek dan sebagainya. Selain itu epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan makann puri.
  • Elakkan beri makanan pejal seperti mentah atau kurang masak atau pun ketulan buah-buahan potong.
tips makanan pejal pertama bayi _6

Ini salah satu cara simpan makanan pejal bayi. Good idea, comel kan.. :)

 

Tips #4

  • Untuk permulaan elak dari memberi makanan yang boleh mendatangkan masalah alergi contoh seperti kacang, keju, makanan laut dan telur.

 

Tips #5

  • Bayi mempunyai gigi untuk memotong atau memecahkan makanan tetapi jika masih tiada geraham menjadikannya susah untuk menghancurkan dan memotong makanan pepejal.
  • Jadi ibu perlu memecahkan atau lenyek terlebih dahulu makanan bayi terlebih dahulu.

 

Tips #6

  • Jika bayi sudah boleh duduk tanpa bantuan atau sudah pandai bertatih, itu tandanya bayi anda sudah boleh diberi makan dengan makanan pejal.
  • Mulakan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran atau sediakan bijiran untuk beberapa hari sebagai permulaan sebelum memperkenalkan resipi baru.
  • Dengan cara ini ibu-ibu akan dapat mengenal pasti punca alahan jika ia berlaku pada bayi.

 

Tips #7

  • Makanan pejal yang di tambah dengan gula dan garam adalah tidak sesuai diberi pada bayi kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses gula dan garam.

 

Tips #8

  • Ibu jangan cepat marah dan memaksa-maksa jika anak menolak makanan yang diberi padanya. Mungkin anak anda belum bersedia untuk makan makanan pejal dan ibu boleh mencuba resepi atau menu lain. Yang penting ibu-ibu tidak mudah putus asa.. :)

 

Tips #9

  • Dalam masa seminggu berikan makanan pejal atau menu yang sama kepada bayi untuk melihat tindak balas pada tubuh bayi terhadap makanan yang diberi. Untuk melihat adakah bayi anda ada masalah untuk menghadam makanan atau ada sebarang alergi.

 

Tips #10

  • Berikan anak anda minum air yang banyak atau berikan makanan yang digemari sekiranya anak anda demam atau sakit. Atau lebih baik dapatkan nasihat dari doktor yang lebih pakar.

tips makanan pejal pertama bayi _5

 

 

 

Nasihat Sebelum Beri Makanan Pejal Pertama Bayi

 

Sangat dicadangkan agar bayi diberi susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama untuk mencapai pertumbuhan optimum tumbersarannya dan untuk kesihatannya. Susu ibu cukup sempurna dengan nutrisi yang lengkap buat anak 1 tahun pertama.. :)

Untuk mengetahui tips menghasilkan susu badan yang cukup untuk anak, tak perlu ibu-ibu runsing pening kepala. Tak mungkin ibu-ibu boleh melihat anak terbiar kelaparan bukan?

Jom lihat entry dibawah ini, tips banyakkan susu ibu.. :)

 

Semoga ia bermanfaat! Ibu cergas, anak sihat.. :)

 

 

 

Ayu_Rahayu

SMS / WhastApp : 013 205 0607

FB : Vitamin4u

Shaklee ID : 915071

 

 

 

2 thoughts on “10 Tips Makanan Pejal Pertama Bayi Yang Ibu Mesti Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge